Frank Lampard Laung Amaran Kepada Manchester United

Pengurus Chelsea, Frank Lampard melaungkan amaran kepada Manchester United menjelang pertemuan saingan Piala Carabao pada Rabu. Menurut pengendali berusia 42 tahun itu, beliau tidak akan mengambil mudah perlawanan ini.

Dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal musim, United memberikan pengajaran berharga buat Lampard yang membuat penampilan pertama sebagai pengurus Chelsea dengan kekalahan 4-0.

Namun selepas ‘peristiwa pahit’ itu, The Blues bangkit dengan prestasi memberangsangkan. Kini mereka berada di kedudukan keempat liga dengan tujuh mata mengatasi Manchester United selepas 10 perlawanan.

Chelsea turut cemerlang dengan rekod tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1188160599668203520?s=20

Sekalipun Lampard telah memberi bayangan beliau akan membuat sedikit rombakan pada kesebelasan utama skuadnya untuk perlawanan pusingan keempat ini, beliau menegaskan pasukannya tetap memburu kejayaan untuk setiap pertandingan dalam tahun pertamanya.

“Saya tidak akan mengambil mudah perlawanan ini sekalipun saya akan membuat sedikit perubahan,” kata Lampard kepada agensi berita Sky Sports.

“Mungkin ada pemain yang akan diketepikan dalam kesebelasan utama sebagai persediaan untuk [perlawanan] minggu-minggu akan datang, ianya mengenai aspek yang lebih menyeluruh.

“Saya faham perasaan sebagai pemain, tetapi saya percaya mana-mana pemain yang diturunkan, mereka akan memberikan yang terbaik.

“[Kekalahan 4-0 kepada United] telah pun lama berlalu, tetapi saya tidaklah mahu melupakannya begitu sahaja. Mereka ‘menghukum’ kami empat kali dalam perlawanan yang kami sebenarnya bermain dengan baik.”

Apabila ditanya adakah Piala Carabao merupakan trofi yang ideal untuk disasarkan, Lampard menjawab beliau menyasarkan semua trofi.

Bukan dalam EPL dan Piala Carabao sahaja Chelsea menampilkan prestasi yang memberangsangkan, pasukan itu juga kini mendahului kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Lille dan Ajax.

Kejayaan menundukkan semifinalis musim lepas, Ajax tempoh hari dibantu oleh jaringan pemain gantian Michy Batshuayi pada minit ke-86 dan Lampard berharap akan muncul ‘game changer’ dalam perlawanan seterusnya menentang United.

“Apa yang terjadi di Ajax, ia adalah mesej yang penting kepada pemain. Untuk memburu kemenangan, mereka boleh masuk [sebagai pemain gantian] dan mengubah keputusan perlawanan. Kita perlukan skuad yang besar untuk berjaya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN