Frank Lampard: Kerja Keras Dorong Peningkatan Prestasi Kurt Zouma

Kurt Zouma

Tonggak Chelsea, Kurt Zouma pada ketika ini sedang menikmati sisi hebat dalam kariernya apabila gandingannya bersama Thiago Silva menjadi tunjang kekuatan buat jentera pertahanan The Blues.

Selain mengemudi unit pertahanan Chelsea dengan baik apabila sudah mencatatkan lima ‘clean sheets’, Zouma juga cemerlang dengan empat jaringan dihasilkannya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Empat gol tersebut menjelma pada perlawanan bertemu Brighton, Crystal Palace, Burnley dan yang terbaharu ketika menentang Leeds United di Stamford Bridge. Tiga daripada empat jaringan itu dihasilkan menerusi tandukan.

Sehubungan aksi kemas yang ditampilkan Zouma, Lampard jelas memuji sumbangan pemain pertahanan kelahiran Perancis itu dan mendedahkan kerja kerasnya bagi meningkatkan lagi prestasinya.

”Dia telah bermain dengan cukup baik pada musim ini. Yang lebih menarik untuk diperhatikan ialah jumlah jaringan yang dihasilkannya daripada situasi bola mati dan bagi saya, ia merupakan hasil daripada keyakinan dan kepercayaan dirinya sendiri.”

”Dia sentiasa mempunyai saiz fizikal dan kekuatan. Dan anda boleh melihatnya dari segala aspek di atas padang,” ujar Lampard menurut laporan Goal.

”Dia jelas merupakan ancaman sebenar [buat pasukan lawan] dan dia telah melakukan tugasannya dengan baik. Saya merasakan semakin banyak peningkatan individu ditampilkannya.”

”Dia gigih menjalani latihan pada setiap hari, tidak ketinggalan walaupun sehari pun. Dia sentiasa melakukan latihan tambahan, dia mahu untuk bekerja dan melakukan yang lebih baik.”

”Perkara-perkara tersebut bagi saya sangat penting untuk melihat bagaimana seseorang pemain itu meningkat. Dan dia begitu cemerlang pada minggu ke minggu dan diharapkan ianya berkekalan. Dia berhak untuk menikmatinya.”

”Cara kami bermain sebagai satu unit bertahan sebagai satu pasukan pada ketika ini, kelihatan amat membantunya dalam mencapai tahap, dan pasti dengan adanya Thiago di sebelahnya, ia akan membawa tahap yang hebat sepanjang musim ini.”

”Saya sangat gembira dengannya,” tambah Lampard lagi.

Kredit featured image:  Mike Hewitt/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kurt Zouma:

EPL 2020/21: Zouma, James Lebih Menyerlah Bantu Chelsea Raih Kemenangan

Perancis Terlalu Banyak Pertahanan Tengah Muda Berkualiti

Wonderkid Chelsea vs Everton: Kurt Zouma vs John Stones

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN