Frank Lampard Akui Semakin Sukar Apabila Miliki Skuad Besar

Frank-Lampard-press-conference-chelsea-skuad-besar

Musim lalu, Frank Lampard miliki pilihan pemain yang terhad namun kini, mereka miliki skuad yang besar. Majoriti aksi Chelsea musim lalu dilalui dengan pemain muda.

Mengakui keadaan agak sedikit sukar buat dirinya dalam membuat pilihan pemain, tetapi beliau gembira dengan kekuatan yang mereka ada kini. Beliau juga turut tidak mahu menjawab spekulasi pemain-pemainnya yang akan meninggalkan pasukan.

Mereka semua masih miliki Chelsea!

“Ya, kami sedar yang kami ada skuad yang besar ketika ini, tetapi buat masa ini, semua pemain-pemain itu adalah milik kami dan kita akan lihat bagaimana situasinya dalam beberapa hari dan minggu selepas ini,” jelas Lampard mengenai skuadnya.

“Saya tidak menjangkakan apa yang akan berlaku di jendela perpindahan ini kerana mereka semua masih pemain kami dan itu adalah fakta,” tambahnya ketika mengulas mengenai masa depan beberapa pemain seperti Jorginho dan Antonio Rudiger.

Jorginho ketika ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal selepas dikatakan perbincangan bersama Declan Rice semakin hampir selesai, sementara Rudiger pula dikaitkan dengan beberapa pasukan elit seperti PSG, AS Roma dan juga Barcelona.

Lampard dipetik berkara lagi, “Banyak spekulasi mengenai mereka dan juga pemain-pemain lain, tetapi kita akan melihatnya satu demi satu dan [membuat keputusan] yang mana yang boleh memuaskan hati pemain itu, saya dan juga pasukan.”

Sudah ada petanda positif dikalangan pemain

Tidak mahu menjawab mengenai situasi Declan Rice yang dikhabarkan hanya menanti masa untuk dimuktamadkan selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun ditawarkan The Blues, Lampard berkata tidak sesuai buat dirinya menjawab spekulasi.

Sementara itu, walaupun semakin sukar untuk memilih kesebelasan dalam setiap perlawanan, pengendali berusia 42 tahun itu berkata penting buatnya untuk memiliki skuad yang besar atas faktor banyak perlawanan yang bakal mereka lalui.

“Ya, ia adalah satu perkara yang sukar ketika ini tetapi kita perlukan skuad yang besar untuk bersaing di tahap ini. Para pemain sudah tentunya mahu bermain setiap minggu dan apa yang boleh saya minta adalah, mereka perlu tunjukkan sikap yang betul.

“Ia memerlukan mentaliti yang betul daripada setiap pemain sepanjang musim ini. Ya, akan ada situasi sukar tetapi saya sudah melihat petanda yang positif [daripada pemain],” jelas Lampard lagi mengenai situasi dalam kem Chelsea saat ini.

Penutup

Chelsea bakal berdepan West Brom dalam aksi Premier League minggu ini dan beliau hanya mahu tumpukan kepada perlawanan itu dengan skuad dimilikinya ketika ini. Tiada perbincangan mengenai masa depan mana-mana pemain untuknya.

Mengakui mungkin akan menyenaraikan Ben Chilwell dan Thiago Silva di benteng dalam kesebelasan kali ini – yang tidak bermain ketika tewas 0-2 kepada Liverpool, tetapi Edouard Mendy dilihat mustahil untuk diletakkan untuk aksi minggu ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: Darren Walsh/Chelsea FC/Getty Images

Baca lagi artikel mengenai Frank Lampard dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN