Frank Bernhardt Mengaku Terkejut Disingkir Sebagai Jurulatih Skuad B-23 Negara

Frank Bernhardt mengaku terkejut dengan berita pemecatan beliau sebagai ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara seperti yang diumumkan oleh Presiden FAM baru-baru ini.

Posisi beliau bakal digantikan oleh Ong Kim Swee.

Menurut Berita Nasional RTM, Bernhardt mengaku terkejut dengan berita tersebut. Hal ini kerana, beliau tidak mendapat perkhabaran formal mengenai pemecatan beliau.

Sebaliknya beliau hanya mengetahui perkara tersebut menerusi laporan media sahaja.

Jumpa FAM

Bercakap kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berkata, Bernhardt bakal bertemu dengan pengurusan tertinggi FAM bagi membincangkan mengenai nasib beliau.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

“Saya hanya baca di media mengenai berita pemecatan saya. Nampaknya saya dan FAM perlu duduk semeja berbincang mengenai ini.”

“Bagi orang lain mungkin sudah jelas dengan berita pemecatan saya. Namun bagi saya, masih ada beberapa perkara yang belum lagi dijelaskan.”

“Saya dengan FAM perlu berbincang, selepas itu barulah kita tengok macam mana.”

Jadi apa langkah seterusnya untuk Bernhardt?

Beliau hanya akan mengambil langkah seterusnya selepas pertemuan dengan pihak FAM mengambil tempat.

Mengikut kontrak yang telah dipersetujui oleh pihak FAM, khidmat Bernhardt hanya akan tamat selepas temasya Sukan SEA berakhir pada tahun ini.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada kejohanan dwi-tahunan tersebut.

Baca juga: PKNS FC Bakal Jadi Pasukan Kedua Liga Malaysia Peroleh Lesen Kelab AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram