Frank Bernhardt Sedar Tugas Mencabar Bakal Dihadapi

Bernhardt

Pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt menyifatkan pilihannya untuk kembali berkhidmat di Malaysia adalah tepat untuk menimba pengalaman baharu mengendalikan kelab dalam saingan Liga Super buat julung kalinya, musim ini.

Bernhardt percaya saingan Liga Super sangat mencabar dan ia bukanlah tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan UiTM FC.

Berlandaskan pengalamannya bersama skuad bawah 23 tahun negara pada tahun 2015 hingga 2017, Bernhardt nyata ingin mencuba haluan lebih berbeza kali ini sambil menyuarakan rasa teruja untuk mengenali dan mendalami corak persaingan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia ini buat kali pertama.

Walaupun kemampuannya kurang menyerlah ketika mengendalikan skuad kebangsaan sebelum ini, jurulatih yang berasal dari Jerman itu menyatakan kehadirannya ke Malaysia bukanlah untuk membuktikan apa-apa selain hanya ingin memberikan yang terbaik buat UiTM FC yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.

“Saya sudah ada pengalaman selama enam tahun berkhidmat bersama kelab profesional di Estonia dan kali terakhir di Finland.

FOTO: UiTM FC

“Sebab itu, saya rasa kelab-kelab di sini cukup menarik dan saya cukup gembira apabila dapat kembali ke Malaysia dan melatih kelab di sini pula (UiTM FC) dalam saingan Liga Super kerana saya tahu ia sangat mencabar untuk dilakukan.

“Kami masih ada masa untuk membuat persediaan terbaik dan saya rasa pemain-pemain muda yang ada dalam pasukan ini semuanya berpotensi tinggi di mana kami akan membentuk skuad terbaik dalam tempoh seminggu atau 10 hari ini.

“Saya juga masih dalam proses mengenali pemain-pemain yang ada sekitar dalam 50 pemain ketika ini dan saya akan mencari formula terbaik untuk membariskan pemain berkualiti bagi musim ini,” jelasnya.

Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Ismail Zakaria yang berjaya membawa UiTM FC ke tahap lebih baik apabila menamatkan saingan Liga Premier di tangga kelima musim lalu.

Meskipun berada di kedudukan kelima, pasukan itu layak untuk beraksi di saingan Liga Super 2020 apabila PKNS FC yang kini berstatus sebagai Reserve Team diturunkan ke Liga Premier.

Diberi kontrak selama setahun, beliau dipertangungjawabkan untuk memastikan skuad UiTM FC mampu kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan lapan terbaik liga.

Kredit foto: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN