Franck Ribery Cipta Rekod Baharu Bayern Munich

Pemain kebangsaan Perancis dan pemain sayap pasukan Bayern Munich, Franck Ribery melakar rekod baharu apabila dinobatkan sebagai pemain bukan tempatan yang paling banyak membuat penampilan bersama Bayern Munich di Bundesliga.

Ribery yang masuk menggantikan Kingsley Coman di penghujung babak kedua permainan ketika bertemu Hannover Sabtu lalu telah mencipta penampilan yang ke-235 bersama Bayern Munich sejak mula menyertai skuad Bavarian itu pada tahun 2007.

(Photo by Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images)

Penampilan yang mencecah 235 kali itu telah melebur rekod legenda terdahulu, Hasan Salihamidzic yang telah membuat penampilan sebanyak 234 kali ketika bersama Bayern Munich dahulu.

Salihamidzic yang berasal dari Bosnia dan beraksi di posisi pertahanan mula menyertai Bayern Munich pada tahun 1998 dan menamatkan karier dengan pasukan ini pada 2007.

Beliau yang kini bertugas sebagai pengarah sukan bagi pasukan Bayern Munich masih mengekalkan rekod berdasarkan penampilan dalam kesemua pertandingan dengan mencatatkan 363 penampilan.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Namun demikian, jumlah itu mungkin tidak bertahan lama apabila Ribery hanya kurang 2 penampilan untuk menyamai rekod Salihamidzic. Ini berikutan, Ribery masih berpeluang membuat beberapa lagi penampilan di pentas Eropah selepas pasukannya itu layak ke pusingan kedua dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Semenjak menyertai Bayern Munich dari Marseille, beliau telah membantu pasukannya memenangi 7 kejuaraan liga, 5 piala DFB-Pokal, 3 kejuaraan Germany Super Cup, UEFA Champions League 2013, UEFA Super Cup 2013 dan FIFA Club World Cup 2013.

Melihatkan pencapaian yang begitu baik pada tahun 2013, beliau telah memenangi anugerah pemain terbaik Perancis dan turut menduduki tempat ketiga anugerah FIFA Ballon d’Or.

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Musim ini, Ribery agak kurang menyerlah gara-gara kecederaan lutut yang beliau alami beberapa bulan lalu ketika perlawanan bertemu Hertha Berlin. Namun, penampilan semula pada Sabtu lalu sedikit melegakan para peminatnya selepas tersisih selama hampir 2 bulan dalam perlawanan kompetitif.

Untuk rekod, setakat ini beliau hanya membuat 11 penampilan bersama pasukan dalam kesemua kejohanan termasuklah dalam satu perlawanan di Liga Juara-Juara Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN