FPL: Senarai Pemain Menyumbang Mata Yang Banyak Pada GW2

Minggu ke-2 (GW2) telah menyumbang mata yang banyak kepada pengurus EPL dengan jumlah jaringan yang tinggi.

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang menyumbang mata yang tinggi.

12 Mata

3 pemain menyumbang 12 mata minggu 2 iaitu Ricardo Pereira, Henrikh Mkhitaryan, dan Troy Deeney.

Henrikh Mkhitaryan

Ricardo Pereira dari Leicester mendapat 2 mata kerana bermain 90 minit, tambahan 4 mata untuk clean sheet dan 3 mata lagi untuk bantuan gol. Beliua juga mendapat 3 mata bonus.

Henrikh Mkhitaryan mungkin patut mendapat mata lebih banyak apabila terlepas peluang gol terhidang dan beberapa ciptaan peluang gagal disempurnakan. Namun beliau berjaya mendapat mata tinggi selepas menjaringkan gol ditambah 2 mata bonus.

Deeney menyumbang 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan ke-2 untuk membolehkan beliau mendapat mata keseluruhan 12 mata.

13 mata

Marcos Alonso dan Theo Walcott adalah 2 pemain yang mendapat 12 mata.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Alonso menjaringkan gol kemenangan Chelsea serta menyumbang 1 assist walaupun tak mendapat mata bertahan kerana kegagalan Chelsea melakukan clean sheet.

Walcott turut menjaringkan 1 gol dan mencpta 1 assist dalam perlawanan GW2.

14 mata

Hanya Steve Cook (Bournemouth) yang berjaya mendapat 14 mata.

Beliau penjaring gol kemenangan untuk The Cherries. Beliau melakukan 1 assist kepada Wilson.

16 mata

Neil Etheridge (Cardiff) menjadi penjaga gol paling cemerlang pada minggu 2. Penjaga gol ini hanya berharga £4.5 juta untuk anda miliki.

Beliau melakukan clean sheet, membuat 6 saves. Berdasarkan rekod, hanya kira-kira 5,000 pemain FPL meletakkan Etheridge dalam kesebelasan mereka pada minggu 2.

20 mata

Kun Aguero penyumbang mata terbanyak untuk GW 2 dengan 20 mata. Beliau berharga £11.1 juta. Namun nama beliau tak sepopular Harry Kane kerana ramai ragu akan tempat beliau di kesebelasan utama.

Namun buat pengurus FPL yang memberikan kepercayaan kepada beliau, buat masa ini Aguero menjadi regular dalam pasukan. Aguero membalas perlaburan anda dengan hatrik minggu ke-2.

Beliau turut memenangi 1 sepakan percuma yang menghasilkan gol daripada Silva. Dia diberikan 3 mata untuk assist.

Dilaporkan lebih 26,000 pengurus FPL menjadikan Aguero triple captain membolehkan mereka mendapat mata yang sangat banyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN