Forkey Doe Ganti Dickson Nwakaeme?

Forkey Doe Pahang 2020 Liga SUper Pra-Musim

Penyerang berusia 34 tahun, Francis Forkey Doe yang dilihat bermain bersama Pahang dan Kuching FA dalam aksi persahabatan telah menimbulkan persoalan, pasukan mana yang akan diwakilinya nanti?

Sejak menjejak kaki ke Malaysia bermula pada musim 2012 bersama Terengganu, Forkey Doe sangat sinonim dengan jumlah jaringan yang banyak, malah telah mencapai angka 100 jaringan di Liga Super.

Ianya dicapai pada awal musim 2018, ketika bersama Pahang, dan dua golnya ketika menumbangkan Selangor 3-1 pada saat itu telah melengkapkan 100 jaringannya di Liga Malaysia sejak 2012.

Penyerang skuad kebangsaan Liberia itu telah beraksi bersama tujuh pasukan antaranya Terengganu, Kelantan dan FELDA United serta dua kali bersama Selangor iaitu pada musim 2013 dan 2017.

Adakah Forkey Doe bakal kembali menyarung jersi Tok Gajah? Dengan kelibat Dickson Nwakaeme dilihat semakin jauh dari Malaysia, mungkin inilah masa untuknya kembali mengegar Liga Malaysia.

Hanya tampil beraksi dalam beberapa perlawanan pada musim 2018, penyerang berbisa itu mengalami kecederaan serius dalam aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Kedah sehingga memaksa Pahang mencari pemain import baharu – ketika itu belia telah meledak tiga gol dalam lima aksi Liga Super.

Pahang ketika ini sudah memiliki tiga pemain import iaitu pertahanan tinggi lampai, Herold Goulon yang dikekalkan untuk musim ini, pemain tengah Filipina, Adam Reed dan penyerang dari Brazil, Ivan Carlos.

Menguatkan spekulasi ini, pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang sebelum ini pernah menyatakan yang mereka sedang mencari pemain import untuk mengisi posisi tengah dan serangan.

Forkey Doe telah tampil beraksi bersama Pahang pada penghujung Januari lalu ketika perlawanan pra-musim menentang Ultimate FC – Pahang menang 4-0 dan beliau berhasil menyumbang satu gol.

Begitupun, terdapat perkhabaran yang penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2016 bersama FELDA United ini telah menandatangani kontrak bersama Kuching FA di Liga Premier. Sejauh mana kebenarannya?

Dengan reputasi yang dimiliki oleh penjaring terbanyak Liga Super 2012 bersama Jean-Emmanuel Effa Owona dengan 15 gol itu, Pahang mungkin tidak perlu berfikir panjang untuk menandatanganinya.

KREDIT FOTO: Instagram Pahang FA Official Fans

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN