MSL 2018: Forkey Doe, Azam Azih Dan Vathanaka Cemerlang Bantu Pahang Menang 3-0

Pahang turun beraksi menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur. Pahang dalam misi mencari kemenangan pertama dan gol pertama musim ini.

Seperti dijangka, Forkey Doe melakukan debut beliau dalam perlawanan ini. Pemain yang diharap dapat menyelesaikan masalah serangan utama pasukan Pahang.

Separuh masa pertama

Kelantan dan Pahang bermula seimbang. Namun Kelantan ada masalah untuk bertarung di udara (aerial duel). Mereka tidak dapat ‘connected’ dengan bola hantaran silang di ‘final third’ kerana dimatikan oleh pertahanan Pahang terutama sekali Gomes.

Pada minit ke-12, Pahang memecah kebuntuan menerusi tandukan bebas Forkey Doe. Ianya berpunca daripada sepakan percuma cantik Chan Vathanaka. Foul berpunca daripada Norshahrul yang dijatuhkan.

Sebelum gol ini, Chan Vathanaka dan Forkey Doe hampir memecah kebuntuan lebih awal daripada sepakan bebas juga. Ini adalah gol pertama Pahang pada musim ini.

Pahang meneruskan beberapa siri ancaman pada separuh masa pertama dengan Kelantan terus bergelut dengan bola di udara.

Kelantan memasukkan Nor Farhan pada minit ke-40 dan beliau terus menghadikan ancaman ke kubu lawan. Malangnya beliau ofsaid

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Forkey Doe hampir menambah jaringan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-51.

3 minit selepas itu, Sumareh menambah jaringan kedua selepas kesilapan pertahanan oleh Kelantan yang gagal mengeluarkan bola tandukan Gomes.

Minit ke-58,kecelaruan dipertahanan hampir membuatkan Vathanaka menjaringkan gol. Namun ditepis Khairul Fahmi dan terkena tiang gol. 5 minit kemudian, Forkey gagal menyempurnakan peluang di depan gol. Bola diselamatkan Khairul Fahmi sekali lagi.

Pada minit akhir perlawanan, Nor Azam Azih menjaringkan gol ke-3. Tiada jalan bangkit lagi, ‘game over’!

Tamat perlawanan, Pahang menang 3-0. Perlawanan ke-3, 3 gol dan 3 mata. Aksi debut cemerlang Forkey Doe dan rakan-rakan.

Chan Vathanaka jelas bermain lebih selesa dengan sistem hari ini kerana adanya link-up lebih baik. Namun masih ada beberapa aspek taktikal perlu diperbaiki Pahang.

————————————

Pahang បានជួបជាមួយនឹងក្រុម Kelantan នៅកីឡដ្ឋាន Darul Makmur ។ Pahang កំពុងស្វែងរកការឈ្នះជាលើកដំបូងនិងគោលដៅដំបូងនៃរដូវកាល។

ដូចដែលបានរំពឹងទុក Forkey Doe បានបង្ហាញខ្លួនលើកដំបូងនៅក្នុងការប្រកួតនេះ។ អ្នកលេងរំពឹងថានឹងដោះស្រាយបញ្ហានៃការវាយប្រហារសំខាន់របស់ប៉ាចា។

តង់ទី 1

Kelantan និង Pahang ចាប់ផ្តើមមានតុល្យភាព។ ប៉ុន្តែ Kelantan មានបញ្ហានៅលើអាកាស (duel ពីលើអាកាស) ។ ពួកគេមិនអាចត្រូវបានភ្ជាប់ជាមួយការឆ្លងកាត់នៅក្នុងវគ្គផ្តាច់ព្រ័ត្រទីបីដូចជាត្រូវបានបិទដោយមេធាវីការពារក្តី Pahang, ជាពិសេស Gomes ។

នៅនាទីទី 12 កីឡាករផាហៀងបានផ្តួលការទាត់បាល់បញ្ចូលទីដោយបណ្តេញដោយឥតគិតថ្លៃរបស់ Forkey Doe ។ វាគឺដោយសារតែការទាត់បាល់យ៉ាងល្អឥតខ្ចោះរបស់ចាន់វឌ្ឍនាកា។ កំហុសកើតឡើងពីការធ្លាក់ចុះរបស់ Nosrshahrul ។

មុនពេលគ្រាប់បាល់នេះចាន់វឌ្ឍនាកានិងហ្វាគីដូស្ទើរស្ទើរតែបានផ្តួលការទាត់បាល់មុនពេលការទាត់បាល់ពិន័យសេរី។ នេះគឺជាគោលដៅទី 1 របស់ប៉ាចាហ្វានៃរដូវកាលនេះ។

Pahang បានបន្តការគំរាមកំហែងជាបន្តបន្ទាប់នៅតង់ទី 1 ដោយកីឡាករ Kelantan តស៊ូជាមួយបាល់នៅលើអាកាស។

កីឡាករ Kelantan បានចូលទៅ Nor Farhan នៅនាទីទី 40 ហើយគាត់បានបន្តការគំរាមកំហែងទៅលើសំណាងរបស់គូប្រជែង។ ជាអកុសលគាត់គឺជាជនល្មើស

ពាក់កណ្តាលទីពីរ

នៅពាក់កណ្តាលតង់ទី 2 កីឡាករ Forkey Doe ស្ទើរតែបានរកគ្រាប់បាល់បន្ថែមតាមរយៈការទាត់បាល់ពិន័យសេរីពីខាងក្រៅប្រអប់ប៉េណាល់ទីក្នុងនាទីទី 51 ។

3 នាទីក្រោយមកកីឡាករ Sumareh បានបន្ថែមគ្រាប់បាល់ទីពីរបន្ទាប់ពីកំហុសឆ្គងដោយ Kelantan ដែលបានបរាជ័យក្នុងការស៊ុតបាល់បញ្ចូលទីរបស់ Gomes ។

នៅនាទីទី 58 ដែលជាបញ្ហាគ្មានទីការពារស្ទើរតែបានធ្វើឱ្យពិន្ទុរបស់ Vathanaka ។ ប៉ុន្តែបានបណ្តេញលោក Khairul Fahmi និងបានផ្តួលបង្គោលទី។ 5 នាទីក្រោយមក Forkey បានបរាជ័យក្នុងការបញ្ចប់ក្នុងការនាំមុខ។ បាល់បានជួយសង្គ្រោះ Khairul Fahmi ម្តងទៀត។

នៅនាទីចុងក្រោយនៃការប្រកួតនោះ Nor Azam Azih បានរកគ្រាប់បាល់ទី 3 ។ គ្មានផ្លូវណាអាចរើបឡើងវិញបានឡើយ។

បញ្ចប់ការប្រកួតវគ្គផ្តាច់ព្រ័ត្រ Pahang បានទទួលជ័យជម្នះ 3-0 ។ ការប្រកួតទី 3 3 គ្រាប់និង 3 ពិន្ទុ។ សកម្មភាពដំបូងរបស់ Forkey Doe និងមិត្តភក្តិរបស់គាត់។

ចាន់វឌ្ឍនាកាពិតជាលេងបានល្អជាងមុនជាមួយនឹងប្រព័ន្ធនាពេលបច្ចុប្បន្ននេះដោយសារតែមានទំនាក់ទំនងកាន់តែប្រសើរឡើង។ ប៉ុន្តែនៅមានទិដ្ឋភាពជាច្រើនចាំបាច់ត្រូវបានធ្វើឱ្យប្រសើរឡើងយុទ្ធសាស្ត្ររដ្ឋ Pahang ។

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN