Forest Umum Pengurus Baru Selepas 18 Minit Singkir O’Neill

Menjadi pemain legenda di sesebuah kelab tidak bermakna anda akan disayangi selamanya. Walaupun telah diberi peluang untuk berkhidmat, terpaksa terimalah hakikat bahawa ia sudah berakhir.

Itulah dialami oleh Martin O’Neill.

Disingkir Nottingham Forest

Martin O’Neill sewaktu menguruskan Forest. Sumber: PebbleshireNews

Kelab EFL Championship, Nottingham Forest telah mengumumkan bahawa mereka telah memecatkan O’Neill. Pengurus berbangsa Irish itu telah dibawa masuk ke City Ground pada Januari lalu.

Irish Times melaporkan antara punca O’Neill disingkirkan kerana pengurusan kelab tidak berpuas hati dengan aksi musim lalu. Forest menduduki tangga ke-9 sekaligus tidak dapat beraksi dalam play-off EFL Championship.

Minggu lalu, Roy Keane telah meletakkan jawatan selaku penolong pengurus kepada O’Neill. O’Neill menceritakan bahawa Keane mahu menjadi pengurus untuk mana-mana kelab dan beliau tiada masalah dengan bekas pemain Manchester United itu.

Masalah dalaman

NOTTINGHAM, ENGLAND – MARCH 13: Adlene Guedioura of Nottingham Forest during the Sky Bet Championship match between Nottingham Forest and Aston Villa at City Ground on March 13, 2019 in Nottingham, England. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Guardian menyebutkan bahawa O’Neill menghadapi kegagalan menangani isu dalaman pasukannya. Sebagai contoh, Adlene Guedioura sering diletakkan dalam bangku simpanan walaupun bekas pemain Blackburn Rovers itu antara pemain berpengalaman.

Dilaporkan Guedioura enggan membuat latihan ringkas selepas perlawanan tamat. Walhal, pertahanan Algeria itu tidak bermain dalam perlawanan meskipun dari bangku simpanan.

Kemuncak krisis dua individu ini berlaku apabila Guedioura tidak dipanggil menyertai kem Algeria untuk perlawanan antarabangsa.

18 minit

Selepas Forest mengumumkan memecat O’Neill, tidak sampai 20 minit, media dikejutkan bahawa mereka telah melantik pengurus baru.

Jam 1.21 petang (waktu Britain), Forest telah memaklumkan pemecatan O’Neill. Kemudiannya pada jam 1.39, Sabri Lamouchi diumumkan selaku pengurus baharu untuk kelab terkenal Inggeris itu.

Lamouchi pernah menjadi pengurus untuk Rennes di Liga Perancis. Beliau juga berpengalaman membimbing Ivory Coast untuk aksi antarabangsa.

Nampaknya, O’Neill dan juga Keane terpaksa mencari kerja baru. Masih banyak lagi jawatan kosong di kelab lain nanti.

Berita ini seumpama amaran kepada Frank Lampard, Steven Gerrard dan Sol Campbell, anda legenda sebagai pemain di sesebuah kelab tidak bermakna anda berjaya selaku pengurus kepada kelab tersebut!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN