Football Republic Perkenalkan Bola Rasmi EURO 2020, Uniforia

Uniforia

Destinasi pilihan utama penggemar barangan sukan di Malaysia, Football Republic hari ini memperkenalkan bola ‘matchball’ yang dinamakan Uniforia daripada adidas serta variasi jersi pasukan kebangsaan.

Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Football Republic Sunway Pyramid menyaksikan peminat-peminat setia bola sepak berkumpul untuk meraikan demam bola sepak 2020.

Diinspirasikan untuk membawa mesej perpaduan dan keterujaan [euphoria] dengan reka bentuk yang simbolik kepada 12 bandar dan 24 pasukan yang akan beraksi pada Euro 2020, bola Uniforia kini sudah boleh didapati di Football Republic.

Vach Pillutla bersama Phillip Ho pada majlis pelancaran yang diadakan di Football Republic Sunway Pyramid.

Bola rasmi ini akan digunakan dalam saingan paling berprestij di Eropah, dimainkan oleh pasukan hebat bagi merebut kejuaraan ulung benua tersebut.

Dalam pada itu, Football Republic juga memperkenalkan empat jersi pasukan bertanding yang ditaja adidas iaitu Belgium, Sepanyol, Jerman dan Rusia.

Jersi-jersi ini dihasilkan dengan reka bentuk unik di mana ianya menggunakan kaedah ‘hand-drawn sketches’ berbanding kebiasaan yang menerapkan kaedah digital. Untuk penjualan di Football Republic, peminat boleh mendapatkan jersi tersebut dengan dua variasi iaitu ‘authentic’ dan replika.

”Kami amat berbangga untuk sekali lagi bekerjasama dengan adidas dalam mengadakan majlis pelancaran ini.”

”Sebelum ini kami juga pernah bekerjasama dengan adidas di mana kami melancarkan secara eksklusif produk-produk terhad seperti Predator Mania, Ultraboost Rose, the Adidas Paul Pogba Collection serta produk lain, juga di Football Republic Sunway Pyramid ini.”

”Kerjasama dengan adidas ini penting dalam memberikan impak untuk Football Republic menjadi destinasi nombor satu pilihan peminat dan pemain bola sepak di Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports dan Football Republic, Vach Pillutla.

Phillip Ho

Sementara itu, pengurus adidas Malaysia, Phillip Ho turut berkongsi pendapat mengenai kerjasama bersama Football Republic.

”Ianya merupakan satu komitmen bagi adidas sebagai peneraju barangan bola sepak seluruh dunia untuk terus menghasilkan produk  bola sepak terbaik untuk pemain dan peminat melalui rakan bola sepak strategik di Malaysia, Football Republic.”

”Di adidas, kami sentiasa meraikan sukan bola sepak tanpa mengira siapakah anda, dimana anda datang untuk sama-sama bersatu padu bagi mencorak perubahan,”

”UEFA EURO 2020 menjadi peluang terbaik buat kami untuk mengetengahkan kuasa perpaduan dan sekaligus meraikan sukan sebagai penghubung manusia, idea dan kreativiti.”

Bagi anda yang ingin mendapatkan bola Uniforia serta jersi empat negara tersebut, boleh dapatkannya di semua cawangan Football Republic. Harga bagi bola Uniforia adalah RM550 manakala jersi replika bagi kanak-kanak berharga RM260 dan dewasa RM300.

Bagi jersi authentic yang tampak lebih premium, anda boleh memilikinya dengan harga RM500.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram