Bundesliga Akan Tiba Di Football Manager Tidak Lama Lagi!

Sejak bertahun lamanya, permainan simulasi pengurusan bola sepak Football Manager (FM) sering mengalami kekurangan.

Antara kekurangan yang paling ketara adalah Bundesliga yang merupakan antara salah satu liga yang cukup menarik untuk dimainkan di permainan FM.

Selain daripada Bundesliga, pasukan kebangsaan Jerman juga merupakan salah satu kekurangan dalam permainan ini.

Namun begitu, anda tidak perlu lagi risau!

Dalam masa akan datang, permainan FM bakal dihiasi dengan hak perlesenan Bundesliga!

Hal ini kerana, pihak Bundesliga sendiri telah memilih untuk melebarkan sayap mereka dalam bidang permainan video.

Mereka ingin meluaskan lagi pengaruh liga mereka dengan lebih jauh menggunakan permainan video.

Sebelum ini hanya EA Sports menerusi permainan FIFA sahaja yang mempunyai hak untuk menggunakan lesen Bundesliga menerusi hak eksklusif.

Tetapi selepas ini, FM juga akan dilengkapi dengan lesen liga terulung Jerman itu dengan Sega akan memiliki hak bukan eksklusif untuk liga tersebut.

“Permainan simulasi pengurusan dan perlawanan ini adalah cukup penting untuk kami lebarkan sayap Bundesliga ke seluruh dunia.”

“Kami sasarkan golongan muda yang gilakan bola sepak sebagai sasaran kami, sebab itu kami mahu menjalin kerjasama dengan permainan video ini semua.”

Selain FM, Bundesliga juga memberikan hak perlesenan kepada Konami untuk siri Pro Evolution Soccer (PES).

Namun diatas perjanjian eksklusif Bundesliga dengan EA Sports, hak perlesenan Bundesliga untuk PES hanya terhad untuk siri PES Club Manager sahaja.

Perjanjian hak eksklusif antara EA Sports dengan Bundesliga akan berakhir pada musim 2021/2022 dengan siri FIFA 18 akan dilengkapi dengan liga divisyen 3 negara tersebut.

Sumber: 

  1. Inside World Football (2017): Bundesliga opens up gaming rights adding Konami and Sega to renewed EA deal; http://www.insideworldfootball.com/2017/07/18/bundesliga-opens-gaming-rights-adding-konami-sega-renewed-ea-deal/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram