FMLLP Umum Tarikh Rasmi Bagi Aksi Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
separuh akhir

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) hari ini telah membuat hebahan rasmi mengenai tarikh bagi perlawanan separuh akhir pertama dan kedua Piala Malaysia 2017 di laman Facebook mereka.

Bagi separuh akhir pertama, pihak FMLLP telah memilih 15 Oktober sebagai tarikh dilangsungkan perlawanan tersebut.

Dalam hebahan mengenai tarikh rasmi yang dilakukan, pihak FMLLP mengeluarkan kenyataan mengenai sebab pemilihan tarikh tersebut :

Adalah dimaklumkan bahawa pihak FMLLP telah membuat pertimbangan dan perancangan terhadap jadual perlawanan Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia 2017 (15 Oktober 2017, Ahad) dengan mengambil kira jadual Pasukan Kebangsaan yang akan bermain perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019. Pasukan Kebangsaan telah dijadualkan menentang pasukan Hong Kong pada 10 Oktober 2017 (Selasa) di Hong Kong dan dijangka pulang ke Malaysia pada 11 Oktober 2017 (Rabu). Ini akan memberikan tempoh rehat maksima 3 hari kepada pemain yang terlibat untuk proses pemulihan dan kecergasan.”

Perlawanan kedua pula akan diadakan pada 21 Oktober bersamaan pada hari Sabtu.

Sebelum ini peminat bola sepak yang melibatkan empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir masih tertunggu-tunggu mengenai pengumuman rasmi ini.

Diharapkan dengan keputusan yang telah dibuat dapat menjawab segala persoalan dan pertanyaan para penyokong berkenaan tarikh perlawanan separuh akhir tersebut.

Pada edisi kali ini, Kedah yang menjuarai Piala Malaysia tahun lalu menanti cabaran Felda United manakala Perak bakal membuat perhitungan dengan Johor Darul Takzim.

separuh akhir

Sumber info dan fotoFootball Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) & Google