FMLLP Tiada Agenda Menangkan Satu Pihak, Dan Jelaskan Kenapa Tiada Play-Off

Semalam FMLLP mengumumkan PKNP FC dan Negeri Sembilan sah dipromosi ke Liga Super menggantikan Felda United dan T-Team.

T-Team melepaskan slot Liga Super mereka selepas PBSNT memutuskan untuk menjadikan pasukan tersebut kelab pembekal kepada Terengganu 1. Jadi T-Team akan dikenali dengan nama Terengganu 2.

Namun ada beberapa pihak tidak berpuas hati dengan tindakan FMLLP yang menolak Felda United ke Liga Perdana.

Seperti yang sudah dijelaskan oleh FMLLP menerusi CEO mereka, Kevin Ramalingam, Felda United ditolak ke Liga Perdana kerana tiada lesen Liga Super.

Beliau memberitahu Felda United gagal untuk mengemukakan beberapa dokumen yang diminta. Sambil memberikan contoh, jika di Thailand, ada pasukan ditolak dari divisyen 2 sampai ke divisyen 4 kerana tiada lesen liga. FMLLP hanya menurunkan Felda United ke 1 divisyen lebih rendah.

Kevin Ramalingam berharap tidak timbul isu menuduh FMLLP menganiayai pihak tertentu dan juga menuduh mereka ada agenda tersendiri kepada Felda United.

Ini kerana menurut beliau, keputusan tersebut dibuat berdasarkan fakta bahawa Felda United tidak mengemukakan penyata kewangan beraudit pada tarikh yang ditetapkan dan menyebabkan lesen tidak dikeluarkan.

Beliau berkata lagi:

“Adakah setiap keputusan yang dibuat perlu diputar belit supaya nampak seperti ia adalah untuk menganiayai sesebuah pihak supaya segalanya menyebelahi JDT?”

“Cara pemikiran ini adalah lebih untuk menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari. Bila pula kita nak terima kelemahan, baiki kesalahan dan terus maju?”

“FMLLP tidak boleh menutup mata atau ‘memberi peluang’ kepada mana-mana kelab supaya kita dilihat setanding dengan Negara jiran yang tegas terhadap pelesenan kelab.”

“Sebagai contoh, dua pasukan Divisyen 2 Liga Thailand telah diturunkan ke Divisyen 4 kerana gagal mendapatkan pelesenan kelab.”

“Tinggalkan semua pemikiran yang negatif supaya bolasepak kita mampu maju ke hadapan.”

Menjawab soalan wartawan tentang kenapa tiada play off di antara 4 pasukan iaitu Pulau Pinang, Sarawak, PKNP FC dan Negeri Sembilan.

Kevin menjelaskan pertimbangan pertama adalah merit sukan. Sarawak dan Pulau Pinang gagal mendapatkan mata yang cukup untuk kekal di Liga Super.

Jadi, peluang diberikan kepada Negeri Sembilan dan PKNP FC untuk membuktikan kemampuan mereka. Selain itu, Kevin juga memberitahu Sarawak juga tidak memiliki lesen. Namun itu diletakkan sebagai pertimbangan kedua.

Tambahan, jendela perpindahan sudah dibuka dan kesemua pasukan sudah memiliki pemain yang berbeza di dalam pasukan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN