FMLLP Perjelas Pilihan Tarikh Pindaan Jadual Liga Malaysia, Bidas Persepsi Negatif

Dalam satu kenyataan melalui laman media sosial Facebook pada petang tadi, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) membidas pihak yang sentiasa mempunyai tanggapan negatif atas usaha pihak badan pentadbir bola sepak negara itu memartabatkan bola sepak negara.

Baru-baru ini FMLLP dan FAM dikritik segelintir pemerhati dan penyokong bola sepak Malaysia kerana meminda jadual Liga Malaysia, dan mengadakan perlawanan persahabatan di luar kalendar yang ditetapkan oleh FIFA.

Dalam temuramah bersama Astro Arena, yang turut disiarkan di laman Facebook milik badan pentadbir bola sepak negara itu, Ketua Pegawak Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam (gambar atas) menjelaskan bahawa perlawanan antarabangsa kelas A tidak semestinya diadakan berdasarkan kalendar FIFA.

Kenyataan yang disiarkan secara bertulis tersebut turut menyebut perubahan jadual liga dibuat supaya FMLLP dapat membantu agenda nasional dan bukan hanya melontarkan kritikan semata-mata.

Menjelaskan perubahan jadual perlawanan, ini penjelasan FMLLP:

“Untuk pengetahuan sesiapa yang keliru, perlawanan 100PLUS Liga Premier boleh dimainkan pada tarikh tersebut sebab tarikh itu adalah tarikh perlawanan Piala AFC.”

“Jika unifi Liga Super bermain pada tarikh tersebut, maka tarikh perlawanan JDT perlu diubah dan ini akan menyebabkan JDT akan bermain perlawanan ini selepas jendela perpindahan kedua dibuka.”

“Ini tidak adil di mana pasukan lain akan bermain 11 perlawanan sebelum tingkap perpindahan dan JDT cuma 9. Dengan jadual ini semua pasukan unifi Liga Super akan bermain 9 perlawanan sebelum jendela perpindahan kedua. Tidak ideal (keputusan) di mata pengurusan liga tapi keputusan tersebut adil.”

Berdasarkan penjelasan FMLLP, tujuan utama jadual dipinda sehingga Julai hadapan adalah bagi memastikan setiap pasukan bertanding hanya menempuhi jumlah perlawanan yang sama sebelum jendela perpindahan seterusnya dibuka.

Jika diadakan pada tarikh yang sama sepertimana tarikh yang digunapakai di dalam saingan Liga Premier, perlawanan membabitkan JDT terpaksa ditunda kerana tarikh berkenaan dikhaskan untuk saingan Piala AFC.

Ini akan mengakibatkan JDT hanya akan beraksi 9 perlawanan, manakala 11 pasukan lain di Liga Super telah beraksi 11 perlawanan menjelang jendela perpindahan pertengahan musim.

Sumber: JST, Facebook.

Ini sekaligus akan memberi kelebihan kepada pihak JDT dan tidak adil bagi 11 pasukan yang lain.

Di dalam rakaman video tersebut, Kevin turut mengingatkan pihak media dan setiap pihak yang terbabit dengan industri agar berhati-hati dalam membuat kenyataan agar ianya tidak mengelirukan penyokong.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN