FMLLP Sahkan Pemain Import Baru Pahang, Yamil Romero Sah Beraksi Final Piala FA 2017

Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2017 yang bakal berlangsung pada 20 Mei 2017 ini, Pahang bakal mendapat berita gembira.

Pagi tadi FMLLP telah mengesahkan bahawa penyerang kelahiran Argentina, Yamil Romero telah didaftarkan sebagai pemain import keempat Pahang. Beliau datang menggantikan Chinedu Bright Dike yang dilepaskan oleh Pahang.

Dengan selesainya urusan pendaftaran ini, Yamil Romero boleh diturunkan oleh Pahang ketika perlawanan akhir Piala FA 2017 menentang Kedah nanti.

Kredit: Pahang FA

Siapa Yamil Romero?

Digelar Fiera (binatang liar) dalam bahasa Sepanyol, Yamil Romero merupakan bekas pemain skuad simpanan Boca Juniors.

Baru berumur 21 tahun, Romero memikat hati pengurusan Pahang melalui kelebihan fizikalnya yang tinggi (180cm), laju dan lincah. Dan seperti penyerang kelahiran Argentina yang lain, Romero gemar menyuntik elemen flair dalam permainannya.

Posisi utamanya adalah penyerang kedua. Kami menjangkakan Romero bakal digandingkan dengan Matheus Alves dan bakal merampas tempat Ashari Shamsudin.

Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my

Di posisi belakang Alves, penyokong Pahang bakal menyaksikan banyak killer pass daripada Romero kepada pemain Pahang yang lain – asalkan ada larian off the ball yang baik daripada rakan sepasukannya.

Bagaimanapun Romero juga boleh dipindahkan sebagai penyerang utama jika perlu. Ini membolehkan Alves mendapat lebih banyak peluang rehat sekiranya dirasakan perlu oleh Dollah Salleh.

Senjata baru Pahang

Dalam perlawanan persahabatan Pahang menentang Shahzan Muda FC semalam, Yamil Romero cemerlang menjaringkan 2 gol. Pahang menang 5-0 semalam.

Rata-rata penyokong Tok Gajah yang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut memuji ketenangan Romero ketika mempunyai bola dan kekreatifan hantarannya di bahagian final third.

Kami melihat penggantian Chinedu Dike dengan Yamil Romero ini adalah satu komitmen daripada Dollah Salleh untuk mengikis imej beliau dengan taktikal long ball. Dan jika Romero cepat menyesuaikan diri dan menjadi, Pahang bakal ‘mengganas’ di liga selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN