FMLLP Umum Tarikh Baharu Perlawanan Kelantan-JDT Yang Ditangguh Tempoh Hari

Kelantan VS JDT telah memperoleh tarikh baharu, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak FMLLP menurut sumber Arena Harimau Malaysia.

Perlawanan diantara kedua-dua pasukan tersebut yang dijadual sepatutnya pada 4 Februari itu, akan dilangsungkan pada bulan April.

Tarikh baharu perlawanan melibatkan pasukan dari Pantai Timur dan juga Selatan itu akan diadakan pada 12 April 2017.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Namun apa yang kurang menarik mengenai tarikh tersebut adalah kerana perlawanan itu akan diadakan pada hari Rabu.

Perlawanan diantara Kelantan dan JDT itu ditangguh tempoh hari selepas JDT terlibat dengan perlawanan play-off  AFC Champions League menentang Gamba Osaka di Jepun tempoh hari.

Ia dibuat atas alasan “agenda nasional” untuk memberikan sokongan kepada JDT yang selangkah ke peringkat kumpulan AFC Champions League.

Dalam perlawanan itu, JDT tewas 3-0 ditangan kelab gergasi Jepun tersebut.

Namun begitu, keputusan penangguhan perlawanan itu mengundang ketidakpuasan hati bekas Presiden KAFA – Tan Sri Annuar Musa.

Beliau ketika itu mengatakan yang pihak FMLLP tidak mendapat persetujuaan daripada pihak KAFA untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

Jadi peminat Kelantan dan JDT, jangan lupa tarikh baharu untuk perlawanan hangat ini ya!

Baca juga: Barcelona Beli Pertahanan Baharu, Yerry Mena Dari Palmeiras

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN