Fjortoft: Erling Haaland Buat Keputusan Tepat Ke Borussia Dortmund

Erling Haaland

Bekas pemain Sheffield United dan Middlesbrough sekitar tahun 90-an, Jan Age Fjortoft mengakui bintang muda Norway, Erling Haaland telah mengambil keputusan yang tepat dengan tidak menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Fjortoft turut beranggapan bahawa Borussia Dortmund merupakan destinasi yang sesuai serta dapat membantu perkembangan karier pemain berusia 19 tahun itu.

Sebelum itu, Manchester United menjadi pasukan yang amat berminat untuk mendapatkan khidmat anak kepada Alf-Inge Haaland yang merupakan bekas pemain tonggak Leeds United itu.

Segalanya terungkai beberapa hari sebelum jendela perpindahan Januari lalu ditutup apabila Haaland memeterai kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan bernilai €20 juta.

”Dia adalah seorang pemain yang luar biasa. Saya pernah bermain satu pasukan dengan ayahnya, di mana ia membuatkan saya terasa sangat tua. Mereka [ibu bapanya] sedikit sebanyak telah merancang kariernya dengan baik.”

”Dia daripada sebuah kelab di Norway yang dipanggil Bryne dan kemudiannya berhijrah ke Molde yang merupakan kelab terbaaik di Norway dalam membina bakat muda, dengan pengurus pasukan bernama Ole Gunnar Solskjaer,” ujar Fjortoft menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

‘”Dia telah mendapat tawaran di seluruh Eropah termasuklah Juventus, di mana bukanlah tempat yang teruk buatnya untuk beraksi.”

”Mereka pergi ke Red Bull Salzburg kerana mereka merasakan itu adalah tempat terbaik buatnya [Haaland] untuk meningkat. Dia telah melakukan dengan baik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.”

”Semua kelab mahukannya,, Ole Gunnar Solskjaer terbang ke Salzburg menggunakan jet peribadinya bagi berbincang untuk membawanya ke Manchester United, tetapi dia memilih untuk ke Dortmund kerana disitulah tempat yang terbaik dalam meningkatkan perkembangan kariernya.”

”Jangan lupa, dia bermain disamping [Jadon] Sancho, [Marco] Reus, [Julian] Brandt – pemain-pemain hebat yang boleh memberikan saingan buatnya.”

”Tradisi Dortmund dalam mengembangkan bakat pemain tidak boleh dipertikaikan dengan [Ousmane] Dembele ke Barcelona, [Robert] Lewandowski berhijrah ke Bayern Munich.” ujar bekas pemain berusia 53 tahun itu.

Kredit featured image: Alex Gottschalk/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel dari kami mengenai Erling Haaland:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN