Fitri Omar Laung Keyakinan, Kedah Mampu Pertahan Piala Malaysia

Pemain pertahan Kedah, Fitri Omar melaungkan keyakinan beliau yang pasukannya mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukannya itu pada musim lalu.

Bercakap kepada MStar, Fitri yakin dengan kualiti yang dimiliki skuad tersebut dan mampu memberikan cabaran yang serius dalam saingan piala nasional tertua Asia itu.

“Untuk waktu ini, kami cuma perlu fokus dan terus berusaha keras untuk mendapatkan tempat di perlawanan akhir Piala Malaysia.”

“Tidak mustahil untuk kami mempertahankannya, cuma apa yang terjadi kami perlu redha dengan takdir Tuhan.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Bagi Fitri, keyakinan itu hadir menerusi ramainya penyokong Kedah yang hadir untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Beliau juga menolak caka-cakap negatif yang mengatakan Kedah cumalah ‘cakap besar’ mengenai sasaran mereka.

Bagi beliau, menjadi juara adalah sasaran yang mesti ditetapkan oleh mana-mana pasukan.

Kedah diundi di dalam kumpulan C bagi saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad Lang Merah diundi bersama wakil Pantai Timur iaitu Kelantan, Melaka United serta wakil dari Liga Perdana iaitu UiTM FC.

Sumber:

  1. MStar (2017): Pertahanan Kedah Luah Perasaan; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/19/keyakinan-fitri-omar/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN