Roberto Firmino Anggap 2017/2018 Sebagai Musim Terbaik Dalam Karier Beliau

Iklan

Roberto Firmino

Apa pendapat anda mengenai prestasi Roberto Firmino pada musim ini? Adakah prestasi beliau cukup mengagumkan atau masih belum cukup hebat?

Pendapat dari peminat mestilah pelbagai, namun begitu bagi tuan empunya badan musim ini merupakan musim terbaik beliau sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

Menurut Firmino, musim pertama beliau beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) nyata merupakan sorotan utama dalam karier beliau ketika ini.

“Musim ini merupakan musim pertama saya beraksi di pentas Eropah dan saya kini merupakan antara penjaring terbanyak dalam kejohanan ini.”

“Nama saya sebaris dengan Cristiano Ronaldo dan juga Mohamed Salah dalam senarai penjaring terbanyak. Musim ini merupakan musim terbaik saya sepanjang karier saya!”

Roberto Firmino
LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 30: Roberto Firmino of Liverpool in action during the Premier League match between Liverpool and Leicester City at Anfield on December 30, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Liverpool FC via Getty Images)

Namun begitu, Firmino jelas tidak berasa puas dengan apa yang beliau ada ketika ini kerana beliau mahu mendapatkan lebih banyak lagi kejayaan.

“Saya seorang yang mahukan lebih dan tidak cepat berpuas hati.”

“Apa yang penting adalah terus maju untuk ke hadapan.”

Firmino yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir UCL menentang Real Madrid bersama Liverpool pastinya mahukan kejayaan menjulang kejuaraan Eropah bersama kelab itu.

Beliau turut melabel gergasi Sepanyol itu sebagai pasukan yang cukup kompetitif namun mereka tidak akan mudah mengalah dengan pasukan seperti Real Madrid.

“Perlawanan akhir ini hanya satu perlawanan sahaja, satu detik sahaja. Pastinya Real Madrid akan lawan Liverpool habis-habisan.”

“Mereka merupakan kelab yang mempunyai pemain yang cukup hebat. Kami akan menentang mereka hingga ke akhirnya.”

Roberto Firmino musim ini telah menjaringkan 27 gol dan merakam 14 bantuan gol dalam saingan Premier League dan juga UCL.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram