FILA Penaja Jersi PKNP FC Bagi Harungi Liga Malaysia 2018

PKNP FC

Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mendapat tajaan jersi daripada jenama terkenal, FILA bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2018.

Perjanjjian tersebut dimeterai oleh PKNP FC dan FILA Malaysia dalam satu majlis pelancaran jersi dan pengenalan para pemain PKNP FC 2018 di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh petang tadi.

Tajaan selama dua tahun itu merangkumi  kelengkapan sukan termasuk jersi rasmi pasukan  yang melibatkan skuad Liga Super, Piala Presiden dan juga Piala Belia PKNP FC.

SkyHawk Apparels Sdn. Bhd bertindak selaku pemegang lesen yang diberikan kuasa dan juga merupakan pengedar tunggal jenama FILA di Malaysia.

PKNP FC turut mengambil keputusan bagi mendapatkan khidmat dua pemain import baharu selepas pemain import musim lalu, Ritus Krjauklis dikekalkan serta dua bekas pemain Phnom Penh Crown FC iaitu Keo Sokpheng (pemain kebangsaan Kemboja) dan Yeon Gisung (Korea Selatan) terlebih dahulu menandatangani kontrak bersama kelab pada awal Januari.

Pemain import baharu PKNP FC.

Pemain import di posisi tengah bertahan, Franklin Clovis Anzite Touadere yang merupakan pemain kebangsaan Central Africa Republic telah menjadi pilihan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim. Pemain berusia 33 tahun ini merupakan bekas pemain pasukan PS TNI di Indonesia.

Seorang lagi pemain import yang akan menggalas cabaran buat pasukan adalah Nikolv Luben Gueorguiev (33 tahun) dari Bulgaria. Bekas pemain Super Power Samut Prakan FC itu akan bertindak selaku pemain pertahanan tengah.

Dalam perkembangan lain, PKNP FC turut berbesar hati untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson sebagai ‘sekolah angkat’ buat pasukan.

Matlamat utama pemilihan sekolah angkat tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu bola sepak yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih kompetitif.

PKNP FC juga akan memberikan peluang kepada pemain-pemain terpilih untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan Piala Belia yang pertama kali menyertai kejohanan bawah 19 tahun itu sejak penubuhan kelab pada tahun 2015.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram