FIFA21: Ini Senarai 10 Pemain Terpantas Dalam Ultimate Team

Kylian Mbappe FIFA21

Dalam permainan video FIFA, salah satu ciri pemain yang anda perlukan adalah kepantasan mereka. Oleh yang demikian untuk edisi FIFA21 ini tentunya peminat permainan keluaran EA Sports ini tidak sabar untuk mendapatkan pemain-pemain mereka terutamanya bagi penggemar FIFA Ultimate Team (FUT).

Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir untuk semua konsol termasuklah PS5, berikut adalah senarai 10 pemain terpantas untuk anda sambar tidak lama lagi:

10. Leon Bailey – Bayer Leverkusen

Pemain berusia 23 tahun ini adalah salah seorang pemain yang paling berbahaya di Bundesliga sejak menyertai Leverkusen pada 2017 dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar.

Keupayaan Bailey untuk mengatasi pemain pertahanan dengan gelecekan serta pecutannya membolehkan beliau menjaringkan tujuh gol dan tiga bantuan jaringan pada musim lepas.

Pemain antarabangsa Jamaica tersebut telah diberikan markah pecutan sebanyak 94 dan nilai keseluruhan untuk dirinya dalam permaianan ini adalah 80.

9. Achraf Hakimi – Inter Milan

Sehingga kini masih tidak diketahui mengapa Real Madrid ‘tergamak’ menjualnya ke kelab lain selepas tamat tempoh pinjaman selama dua musim di Borussia Dortmund yang menyaksikan beliau membuktikan keupayaannya sebagai salah seoarang pemain muda terbaik dunia ketika ini.

Hakimi merupakan pemain serba boleh yang mampu beraksi sama di posisi pertahanan kiri atau kanan serta sayap kanan. Pemain muda Maghribi ini diberikan nilai 94 untuk markah pecutannya.

8. Ismaila Sarr – Watford

Pemain muda Senegal ini walaupun telah mencuri perhatian banyak kelab, namun beliau masih kekal bersama Watford yang akan beraksi di Liga Kejuaraan sululan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas.

Berusia 22 tahun, beliau beraksi cemerlang bersama The Hornets termasuk menjaringkan gol ketika pasukannya mengejutkan Liverpool.

Sekalipun nilai keseluruhannya dalam permainan tersebut cuma 78, namun markahnya untuk pecutan adalah 94.

7. Anibal Chala – Dijon

Mungkin beliau adalah salah seorang pemain yang kurang dikenali dalam senarai ini, namun FIFA ternyata lebih ‘kenal barey’ untuk memberikan markah yang bersesuaian dengan keupayaan sebenarnya.

Dinilai hanya 69 untuk keseluruhan, pemain Ecuador berusia 24 tahun ini tentunya menjadi salah satu prospek hangat untuk disambar kerana boleh didapatkan dengan harga yang rendah tetapi markah kepantasannya adalah setinggi 95.

6. Kensuke Nagai – FC Tokyo

Menjadi satu-satunya pemain Asia dalam senarai ini, pemain yang beraksi di saingan J-Leage ini juga boleh dimanfaatkan untuk menjadi nilai tambah yang cukup baik buat pasukan anda.

Walaupun usianya sudah mencecah 31 tahun, namun Nagai diberi markah kepantasan sehingga 95 dan apa yang penting adalah posisinya sebagai penyerang!

Untuk seorang pemain yang nilai keseluruhannya cuma 70, beliau tentunya akan menjadi antara pemain yang bakal diburu.

5. Vinicius Junior- Real Madrid

Mungkin pemain ini tidak perlu diperkenalkan terlalu banyak. Kehadirannya membuatkan beberapa pemain senior Real Madrid seperti Gareth Bale, James Rodriguez dan Lucas Vazquez ditunjukkan jalan keluar.

Pemain sayap berusia 20 tahun ini telah pun membuktikan mengapa beliau layak untuk menjadi pemain remaja kedua termahal di dunia dengan kehebatan menggelecek dan kelajuannya yang menjadi igauan buat pemain pertahanan lawan.

Diberi markah pecutan sebanyak 95 dan 86 untuk kemahiran menggelecek, beliau pastinya menjadi pemain yang menarik untuk digunakan dalam FIFA21.

https://twitter.com/todotradeo/status/1304069588431310849?s=20

4. Daniel James – Manchester United

Kelajuannya menjadi salah satu sebab mengapa Manchester United menyambarnya dari Swansea pada musim panas tahun lepas. Musim pertamanya yang cemerlang di Old Trafford menjadikan beliau adalah pemain yang menarik untuk diburu bagi edisi kali ini.

95 markah untuk kepantasan dan 86 untuk menggelecek, apa lagi alasan anda untuk tidak menjadikan James salah satu pemain dalam senarai FUT anda.

3. Alphonso Davies – Bayern Munich

Transisi Davies dari pemain sayap kepada pemain pertahanan sayap kiri telah mengubah nasibnya terutamanya di bawah kendalian Hansi Flick.

Berusia 19 tahun, beliau telah merasai kemanisan kejuaraan treble dalam musim penuh pertamanya dan tidak dinafikan kepantasannya telah menjadi senjata penting buat Bayern Munich.

Malah dalam permainan FIFA21 menunjukkan Davies adalah pemain muda paling berpotensi untuk muncul salah satu pemain terbaik dunia untuk jangka masa panjang.

Markahnya untuk kepantasan adalah setinggi 96 ditambah pula dengan 82 nilai menggelecek dan 76 fizikal.

2. Kylian Mbappe – Paris Saint-Germain

Mungkin tiada yang dapat mempertikaikan bahawa Mbappe adalah salah seorang pemain paling pantas dalam FIFA21 di mana beliau telah pun membuktikan keupayaannya termasuk menjuarai Piala Dunia bersama Perancis ketika berusia 19 tahun.

Kepantasan pemain PSG ini tentunya amat menggiurkan buat penggemar FUT di mana markah pecutannya adalah 96, ditambah pula dengan kemahiran menggelecek sebanyak 91 serta nilai rembatan setinggi 86.

Jika pemain ini berada dalam pasukan anda, mungkin lawan anda akan menyerah kalah lebih awal.

1. Adama Traore – Wolverhampton Wanderers

Menyertai Davies dan Mbappe sebagai salah seorang pemain terpantas di FIFA21 adalah pemain saya Wolves ini yang juga dicanang sebagai penggusti WWE.

Ditambah pula dengan tubuh badan yang sasa, mungkin tidak banyak perkara yang perlu dijelaskan mengapa pemain ini wajar menjadi pemain penting buat anda.

Dengan nilai keseluruhan cuma 79, anda boleh dapatkan seorang pemain yang mempunyai markah kepantasannya sebanyak 96!

Kredit Foto: FIFA21 Mistakes

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FIFA21:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN