FIFA Tangguh Bincang Berkaitan Cadangan Pemansuhan Piala Konfederasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Badan induk bola sepak dunia, FIFA dilaporkan telah menangguhkan perbincangan mengenai pemansuhan Piala Konfederasi. Perbincangan ini diadakan dalam mesyuarat FIFA Council di Rwanda.

Selain pemansuhan Piala Konfederasi, tumpuan mesyuarat kali ini mengenai perubahan format Piala Kelab Dunia. Dalam masa yang sama, perkara berkaitan Global Nations League turut menjadi intipati perbincangan tersebut.

Namun begitu, FIFA mengambil keputusan tidak meneruskan agenda yang dijadualkan.

Keluar mesyuarat?

Sekumpulan delegasi daripada UEFA memberitahu bahawa mereka tidak dijemput bagi sesi perbincangan pra-mesyuarat mengenai perkara tersebut. Sesi tersebut sepatutnya dijalankan untuk mengenalpasti apakah kesan perubahan tersebut.

Delegasi UEFA hampir meninggalkan mesyuarat kerana tindakan FIFA tersebut. Presiden UEFA, Alekasander Ceferin menyatakan mereka kecewa dengan agenda yang dibawa masuk oleh FIFA semasa mesyuarat tempoh hari

Pertandingan baru?

Jerman akan jadi juara terakhir Piala Konfederasi jika dimansuhkan. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Piala Konfederasi akan ditamatkan riwayatnya. FIFA akan mewujudkan Global Nations League yang kini dianjurkan oleh UEFA dan CONCACAF.

Format yang dicadangkan ialah pemenang Nations League di setiap konfederasi akan beraksi dalam ‘Final Eight’. Nampaknya, ada kemungkinan 4 konfederasi lain akan menganjurkan Nations League.

Apa nasib Piala Kelab Dunia?

Real Madrid menjulang kejuaraan edisi 2017 di Emiriah Arab Bersatu. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Piala Kelab Dunia juga dilaporkan mempunyai rekemondasi untuk diubah suai. Dua cadangan telah diberikan;

  1. Diadakan pada 4 tahun sekali dan disertai oleh 24 pasukan. Ia akan dianjurkan setahun sebelum Piala Dunia sebagaimana Piala Konfederasi sebelum ini.
  2. Mengekalkan format 7 pasukan tetapi diadakan pada setiap tahun. FIFA mencadangkan kejohanan ini diawalkan kepada Jun setiap tahun berbanding Disember sebagaimana biasa.

Pasukan khas

Bantahan daripada UEFA menyebabkan Presiden FIFA, Gianni Infantino terpaksa mengambil tindakan drastik. Beliau mengumumkan satu pasukan khas dibentuk untuk membuat kajian mengenai Piala Konfederasi, Global Nations League dan Piala Kelab Dunia.

Kajian ini dijangka bakal dibentangkan pada Mac 2019.

Adakah anda rasa wajar Piala Konfederasi dimatikan dan digantikan dengan Global Nations League? Dan adakah wajar Piala Kelab Dunia dikekalkan formatnya?

Bagaimana pandangan anda?