FIFA Pertimbang Ubah Tarikh Jendela Perpindahan

Badan bola sepak dunia FIFA kini sedang mempertimbangkan untuk meminda tarikh jendela perpindahan antarabangsa pemain ekoran penularan wabak coronavirus.

FIFA telah menubuhkan satu badan kerja khas untuk menangani isu itu, namun sehingga kini masih belum mempunyai kata putus sama ada untuk menangguhkan atau melanjutkan tarikh perpindahan pemain.

Jendela perpindahan pemain di England dan Scotland secara rasmi akan bermula pada 10 Jun.

Pegawai bola sepak dari seluruh kelab eropah melakukan lanjutan perbincangan semalam dan yakin saingan domestik mampu ditamatkan selewat-lewatnya pada 30 Jun.

Perbincangan turut menyentuh sama ada peraturan berkaitan kontrak pemain perlu diubah selepas ini.

Jurucakap kepada FIFA menjelaskan kepada Sky Sports News: ” Pada 18 Mac lalu, Biro Majlis FIFA memutuskan untuk mewujudkan Badan Kerja FIFA – Konfederasi berhubung perkara COVID-19.

“Badan Kerja ini akan melihat keperluan melakukan perubahan atau perubahansecara sementara terhadap peraturan di FIFA berkaitan status dan perpindahan pemain bertujuan melindungi kontrak kedua-dua belah pihak (pemain dan kelab) serta perubahan pada tarikh pendaftaran.

“Badan Kerja ini sudah pun mulai melihat perkara ini dan akan mulai bertindak selaras dengan kehendak dan kesesuaian oleh pemegang taruh, badan konfederasi, persatuan, kelab, liga dan pemain.”

Rata-rata bola liga bola sepak di Eropah mahukan musim ini ditamatkan sebelum 30 Jun setelah beberapa perbincangan telah dilakukan sebelum ini.

Penularan wabak coronavirus sehingga kini telah menyebabkan Kejohanan Euro 2020 ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan.

Baca artikel lain kami mengenai FIFA:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram