FIFA Perkenal Best Football Awards, Peminat Boleh Undi Pemain Terbaik Dunia

Setelah 5 tahun berkerjasama, FIFA dan majalah France Football telah mengumumkan perpisahan mereka sebagai penganjur anugerah Ballon d’Or.

Anugerah Ballon d’Or yang diadakan sejak 1956 dianjurkan secara sendirian oleh France Football sebelum FIFA menjadi penganjur bersama pada 2010.

Namun untuk edisi 2016, FIFA menarik diri daripada menjadi penganjur bersama untuk anugerah tersebut.

Perkenal Best Football Awards

Sebagai langkah alternatif kepada Ballon d’Or, FIFA memperkenalkan anugerah Best Football Awards.

cwgsax4xgaaujnn

Sebelum mereka bersama France Football menganjurkan Ballon d’Or, FIFA mempunyai anugerah sendiri dipanggil FIFA World Player of The Year.

Best Football Awards bukan sahaja anugerah yang tertumpu kepada acara bola sepak lelaki sahaja. Bahkan melibatkan semua pihak yang terlibat dalam bola sepak.

Anugerah-anugerah yang disediakan adalah:

  • Anugerah Pemain Terbaik Wanita FIFA 2016
  • Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016
  • Anugerah Jurulatih Terbaik Lelaki FIFA 2016
  • Anugerah Jurulatih Terbaik Wanita FIFA 2016
  • Anugerah Puskas FIFA 2016 (Gol terbaik tahunan)
  • Anugerah Fair Play FIFA 2016
  • Anugerah FIFA oleh peminat 2016
  • Kesebelasan Terbaik Tahunan FIFPro

Keputusan-keputusan bagi semua anugerah yang dicalonkan akan diumumkan dalam satu majlis berprestij di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017.

Peminat boleh undi

Salah satu pembaharuan yang dibawa oleh FIFA untuk anugerah Best Football Awards ini adalah para peminat bola sepak diseluruh dunia boleh mengundi bagi menentukan pemenang bagi 4 anugerah yang dipertandingkan.

Anugerah tersebut adalah anugerah pemain terbaik lelaki dan wanita serta anugerah jurulatih terbaik lelaki dan wanita.

Proses undian bagi anugerah-anugerah tersebut akan dijalan secara 2 proses.

Proses pertama adalah undian akan diperoleh hasil undian daripada ketua jurulatih dan ketua pasukan setiap pasukan kebangsaan di seluruh dunia. Hasil daripada undian mereka akan menyumbang kepada 50% undi.

Wakil Malaysia akan diwakili oleh ketua jurulatih Ong Kim Swee dan ketua pasukan Amri Yahyah.

ongkimswee

Baki 50% undi lagi akan ditentukan menerusi undian awam secara atas talian (online) dan undian daripada 200 wakil media dari seluruh dunia.

Undian awam dan undian daripada wakil media masing-masing mewakili 25% undi.

Senarai 23 calon untuk anugerah pemain terbaik kategori lelaki akan diumumkan Jumaat ini (4 November 2016).

Manakala senarai akhir 3 pemain pula akan diumumkan pada 2 Disember 2016.

Baca juga: 5 Pemain Menyerlah Yang Gagal Memasuki Senarai Akhir Ballon d’Or 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN