FIFA Best: 3 Calon Akhir Jurulatih Terbaik Adalah Dari EPL

FIFA telah mengeluarkan senarai finalis untuk jurulatih terbaik 2019. Dan menariknya kali ini, 3 calon akhir adalah pengurus kelab-kelab EPL.

Ini secara tidak langsung menjadikan EPL kini memiliki 3 jurulatih terbaik di dunia pada ketika ini.

Pep Guardiola
BRIGHTON, ENGLAND – MAY 12: Josep Guardiola, Manager of Manchester City looks on wearing a winners medal after winning the title following the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Guardiola cemerlang memacu Manchester City menjuarai treble domestik pada musim lalu.

Manchester City menjuarai EPL dengan perbezaan 1 mata daripada Liverpool. Diangap sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah EPL.

Pep Guardiola dikenali dengan pendekatan bola sepak berintensiti tinggi dan posesif. Beliau juga pengurus yang dikenali dengan sifat cerewet dan mahukan kesempurnaan dalam pengurusan taktikal.

Jurgen Klopp
MADRID, SPAIN – JUNE 01: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool celebrates with the Champions League Trophy after winning the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Jurulatih Liverpool, berasal dari Jerman ini membawa Liverpool menamatkan saingan musim lalu sebagai juara Eropah dengan kejuaraan UCL. Liverpool juga berjaya mendakap Piala Super Eropah menewaskan Chelsea.

Klopp turut membantu Liverpool menamatkan saingan sebagai naib juara EPL musim lalu.

Beliau dikenali dengan corak permainan yang beliau sendiri gelarkan sebagai bola sepak heavy metal ataupun gegenpressing.

Mauricio Pochettino
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 29: Mauricio Pochettino head coach / manager of Tottenham Hotspur during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Wolverhampton Wanderers at Wembley Stadium on December 29, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Molly Darlington – AMA/Getty Images)

Pengendali dari Argentina ini telah membimbing Spurs menjadi naib juara Eropah pada musim lalu. Tewas kepada Liverpool di malam final di Madrid.

Beliau turut berjaya menamatkan saingan liga musim lalu di tangga ke-4 walaupun tidak melakukan sebarang pembelian pemain.

Pochettino, sama seperti Klopp dan Guardiola, menggemari possession football.

Siapa akan menang?

Pemenang anugerah ini akan diketahui pada 23 September 2019, dalam malam gala FIFA Best. Siapakah yang bakal membawa pulang trofi Jurulatih Terbaik FIFA Best 2019?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply