FIFA BEST 2018: Senarai Penuh Pemenang, Luka Modric Terbaik Dunia

Anugerah FIFA Best 2018 berlangsung pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Ini adalah edisi ke-3 FIFA Best sejak ia dijenamakan semula, dipisahkan daripada Ballon d’Or.

Anugerah ini menobatkan Pemain Terbaik Dunia dan beberapa sub kategori lagi. Berikut adalah senarai pemenang.

Puskas: Mohamed Salah – Gol lencongan menentang Everton

Jurulatih terbaik: Didier Deschamps – Jurulatih yang membawa Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Penjaga gol terbaik: Thibaut Courtois – Pemenang Sarung Tangan Emas Piala Dunia 2018 dan membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia di tangga ke-3.

Jurulatih pasukan wanita terbaik: Reynald Pedros – Jurulatih pasukan wanita Lyon.

Penyokong terbaik: Penyokong Peru yang pergi beramai-ramai ke Rusia pada Piala Dunia 2018. Mereka adalah penyokong luar paling ramai bertandang ke Rusia. Dijangkakan lebih 40,000 mereka ke Rusia yang 14,000 kilometer.

Anugerah Fair play: Lennart Thy

Berikut adalah senarai FIFPRO XI:

N’golo Kante berjaya menempatkan diri sebaris dengan nama-nama besar lain. Mohamed Salah dan Thibaut Courtois gagal untuk masuk ke senarai FIFPRO XI.

Anugerah Pemain terbaik wanita: Marta

Modric Terbaik Dunia!

Anugerah yang paling mencuri tumpuan pastinya, Pemain Terbaik Dunia FIFA Best.

Luka Modric menewaskan Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah. Luka Modric cemerlang membantu Real Madrid menjuarai UCL dan kemudian mengetuai Crotia ke final Piala Dunia.

Modric memecahkan duopoly, Messi-Ronaldo untuk Anugerah FIFA Best dan Ballon d’Or di persada bola sepak dunia.

Zvonimir Boban menitiskan airmatanya ketika mendengar ucapan terima kasih Luka Modric.

Tahniah kepada semua pemenang terutama sekali kepada Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN