FIFA Beri Lampu Hijau Kepada Liridon

Pemain tengah JDT, Liridon Krasniqi sudah menerima lampu hijau daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjadi pemain naturalisasi pasukan negara.

Perkembangan terbaru ini disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Naturalisasi FAM.

Keputusan oleh FIFA ini bermakna pemain kelahiran Kosovo berusia 27 tahun ini layak untuk beraksi bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada baki tiga perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kredit Foto: FAM

Skuad Harimau Malaya kendalian Cheng Hoe akan menyambung aksi kelayakan Kumpulan G pusingan kelayakan tersebut menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac akan datang, sebelum melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil selang empat hari kemudian.

Kehadiran Liridon bakal memberi lebih banyak pilihan buat Tan Cheng Hoe di bahagian tengah pasukan negara dengan pemain seperti Brendan Gan, Azam Azih, Syameer Kutty, dan Akram Mahinan antara pemain yang sering menganggotai skuad Harimau Malaya sejak dua tahun lalu.

Namun Tan Cheng Hoe turut pernah mengingatkan Liridon turut perlu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum mendapat panggilan seperti pemain lain.

Foto: JST

“Ianya merupakan satu perkembangan baik [kemasukan Liridon ke skuad Malaysia] untuk skuad kebangsaan tetapi untuk diserapkan ke kesebelasan utama itu belum lagi terjamin.”

“Hal ini kerana kita masih perlu perhatikan prestasinya terlebih dahulu kerana beliau sudah laman tidak lama bermain, lebih kurang satu tahun. Pasti sukar untuk dapatkan prestasi yang baik,” jelas Cheng Hoe sebelum ini.

Selain Malaysia, UAE dan Vietnam, dua lagi negara yang turut berada di dalam Kumpulan G ialah Thailand dan Indonesia. Juara dan empat naib juara terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 zon Asia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram