FIFA Bakal Perkenal Nations League Versi Mereka Sendiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Semua sudah maklum bahawa UEFA dan CONCACAF sudah memperkenalkan secara rasmi perjalanan Nations League masing-masing.

Tujuannya ialah bagi mengurangkan perlawanan persahabatan yang dilihat kurang perlu pada masa ini. Selain itu, ia akan membantu negara berkedudukan rendah dapat merasai perlawanan kompetitif.

Afrika sendiri sudah memulakan kejohanan kedua untuk pasukan antarabangsa melalui African Nations Championship. Untuk Asia pula, 4 badan bola sepak serantau sudah ada kejohanan masing-masing.

Versi FIFA?

Pada November tahun lalu, FIFA telah dilaporkan telah membuat perbincangan mengenai mewujudkan Global Nations League.

Tahukah anda bahawa idea bagaimana Global Nations League telah timbul?

Difahamkan beberapa negara utama Conembol seperti Argentina dan Brazil merungut tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya UEFA Nations League berlangsung.

Tambah pula CONCACAF sudah melancarkan versi mereka sendiri, sudah sahih mereka pun bertambah pening kepala!

Tiada perlawanan persahabatan?

Perlawanan persahabatan Bhutan menentang Montserrat pada 2002.

Ya, kesan utamanya ialah tiada lagi perlawanan persahabatan akan diadakan. Semua perlawanan peringkat antarabangsa akan menjadi perlawanan kompetitif.

Sekiranya CAF, AFC, CONEMBOL dan OFC menyahut pembentukan saranan Nations League ini, tidak dapat dibayangkan betapa meriahnya kejohanan ini nanti.

Ada cadangan setiap konfederasi akan diberi kuota untuk ‘grand final.’ UEFA akan mendapat 3 slot, CONEMBOL (2 slot), CAF (1 slot), CONCACAF (1 slot) dan AFC (1 slot). OFC tidak diberikan slot untuk ‘grand final.’

Ini bermakna konfederasi benua bakal menyusun atur perjalanan Nations League sendiri.

Cadangan lain?

Pada hemat penulis, sekiranya FIFA Global Nations League diadakan, adalah lebih baik ditiadakan pengasingan mengikut konferendasi.

Ini bermakna, pasukan negara kita berpeluang bertemu pasukan daripada konferendasi lain!

Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, FIFA terpaksa menyusun 211 ahli supaya mereka dapat menikmati kejohanan ini. Itu pun jika tiada penggantungan dibuat.

211 ini boleh diasingkan kepada 7 liga. Liga A sehingga F mempunyai 32 pasukan. 32 pasukan itu pula akan dipisahkan ke dalam 8 kumpulan yang menyaksikan 1 kumpulan mempunyai 4 pasukan.

Liga G cuma akan mempunyai 4 kumpulan, 3 kumpulan akan mempunyai 5 pasukan per kumpulan. 1 kumpulan sahaja akan 4 pasukan.

Promosi dan relegasi

Mana lagi pedih, tersingkir divisyen ke kalah piala? Sumber: IB Times.

Seperti Nations League yang biasa kita ketahui, juara setiap pasukan akan naik ke liga teratas. Pasukan tercorot setiap pasukan akan diturunkan ke liga terbawah.

Dalam kata lain, 8 naik dan 8 turun.

Cuma kekecualian pada Liga G, 2 pasukan bagi setiap kumpulan akan menaiki Liga F.

Nilai tambah boleh dilakukan dengan juara setiap kumpulan akan sesama sendiri untuk menentukan siapakah juara liga. Juara bagi kumpulan Liga A boleh beraksi dalam perlawanan penentuan juara keseluruhan FIFA Global Nations League.

Adakah perlawanan kumpulan akan bersifat ’round-robin’? Tidak, penulis lebih sukakan ‘double-round-robin’ maksudnya ‘home-away’.

Untuk peringkat kalah mati, boleh diteruskan konsep ‘home-away’ dengan menggunakan konsep kiraan gol di tempat lawan.

Bagaimana untuk susun pasukan?

Mudah sahaja, gunakan ranking semasa sebelum undian dibuat. Katakanlah Malaysia berada di tangga ke-178, maka Malaysia akan beraksi dalam Liga F kumpulan II.

Ini bermakna Malaysia akan menentang Indonesia (ranking 162), Moldova (170) dan Macau (186).

Susunan seperti boleh digunakan seperti tertera di bawah.

Cadangan undian untuk FIFA Global Nations League.

Jika musim baru ingin bermula selepas musim pertama kejohanan, mungkin FIFA boleh pertimbangkan untuk menggunakan ranking semasa. Untuk memudahkan penyusunan pasukan!

Penutup

Difahamkan sekiranya cadangan ini bakal direalisasikan, FIFA bakal mengadakan kejohanan ini pada tahun ganjil.

Ya, Piala Dunia FIFA diadakan pada tahun yang genap. Setahun sebelum itu akan diadakan Piala Konfederasi. Belum pasti kejohanan itu akan diteruskan atau tidak sekiranya Global Nations League ini wujud.

Ah, tidak sabar rasanya untuk melihat cadangan ini menjadi realiti. Anda ada cadangan lain?