FIFA 17 Tambah Liga Jepun, J1 League Selepas Dapat Permintaan Tinggi

Bergembiralah peminat bola sepak Jepun! Ini kerana J1 League akan ditampilkan ke dalam FIFA 17 – serba-serbi lengkap!

Dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh EA Sports dalam laman web rasmi, mereka telah mengumumkan J1 League dan kejohanan J.League Cup akan ditampilkan dalam FIFA 17 buat pertama kalinya.

Dalam kenyataan tersebut, EA Sports memberitahu JI League adalah antara liga paling popular di Asia, memiliki global fanbase yang besar dan antara liga paling banyak diminta oleh komuniti FIFA gamers.

Kesemua 18 kelab yang terdapat dalam J1 League akan dipersembahkan dengan logo, kits dan rosters yang lengkap.

Setiap kandungan ini juga akan dibawakan ke dalam mod lain – seperti FIFA Ultimate Team (FUT).

Semua 18 kelab-kelab J1 League berikut akan boleh dimainkan dalam FIFA 17 nanti:

  • Vegalta Sendai
  • Kashima Antlers
  • Urawa Reds
  • Omiya Ardija
  • Kashiwa Reysol
  • FC Tokyo
  • Kawasaki Frontale
  • Yokohama F. Marinos
  • Shonan Bellmare
  • Ventforet Kofu
  • Albirex Niigata
  • Júbilo Iwata
  • Nagoya Grampus
  • Gamba Osaka
  • Vissel Kobe
  • Sanfrecce Hiroshima
  • Avispa Fukuoka
  • Sagan Tosu

Bukan itu sahaja. Stadium atau home terbaru Gamba Osaka, Suita City Football Stadium turut bakal diperkenalkan sebagai antara beberapa stadium baru dalam FIFA 17.

image.img (1)

Di akhir pengumuman tersebut, EA Sports menyatakan mereka akan mendedahkan lebih banyak info mengenai senarai liga, pasukan dan stadium untuk FIFA 17 menjelang pelancarannya.

FIFA 17 akan dilancarkan pada 29 September 2016 di PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One dan PC.

Nota editor: Artikel ini dikongsikan kepada oleh sahabat kami, saudara Faiz Tobeng dari JomGaming. Sila ikuti JomGaming di Facebook dan Twitter untuk maklumat dan berita terkini mengenai dunia gaming tempatan dan antarabangsa.

Baca juga: FIFA 17 Bakal Guna Enjin Grafik ‘Frostbite’, Mahu Saingi Kehebatan Grafik PES

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN