Football Leaks: Infantino Cabuli Audit, Selamatkan Manchester City Dan PSG Daripada Kesalahan FFP

Ramai pengamal media telah menerima edaran dokumen yang bersaiz lebih 3 terabytes oleh Der Spiegel ataupun Football Leaks berkaitan Gianni Infantino, Manchester City dan PSG. Satu laman yang membongkar (whistleblower) salah laku dalam bola sepak.

Der Spiegel adalah penyebab pemain seperti Messi dan Ronaldo terpaksa mengakui di mahkamah kerana salah laku cukai sebelum ini. Mereka juga membuatkan ramai ejen bola sepak di Eropah ditangkap kerana salah laku.

BARCELONA, SPAIN – JUNE 02: Lionel Messi (R) of FC Barcelona and his father Jorge Horacio Messi seen inside the court during the third day of the trial on June 2, 2016 in Barcelona, Spain. Lionel Messi and his father Jorge Messi, who manages his financial affairs, are accused of defrauding the Spanish Tax Agency of 4.1 million Euros ($4.6 million, £3.2 million) by using companies based in tax havens such as Belize and Uruguay to conceal earnings from image rights during years 2007 to 2009. (Photo by Alberto Estevez – Pool/Getty Images)

Dalam pembongkaran terbaru Der Spiegel mereka mendedahkan bagaimana bekas Setiausaha Agung Uefa – Gianni Infatino terlibat dalam salah laku berkaitan dengan Financial Fair Play (FFP).

FFP untuk kawal perbelanjaan kelab

Uefa merupakan badan yang memperkenal Financial Fair Play  pada 2010 – untuk mengawal perbelanjaan dan sumber dana kelab di Eropah. Ia juga akan memberikan lebih keadilan kepada semua kelab agar tidak menerima dana yang terlalu besar daripada sumber tidak sepatutnya.

Kelab-kelab diminta untuk menjana pendapatan sendiri daripada penajaan, menyertai kejohanan seperti UCL & UEL untuk hadiah kewangan dan juga kutipan hari perlawanan.

Beberapa hari lalu, Presiden La Liga – Javier Tebas – sekali lagi menegaskan bahawa Uefa pilih kasih dalam prosedur FFP. Kenapa kelab kecil – sepert di Rusia, Romania dan Turki – mudah dihukum apabila defisit lebih daripada yang ditetapkan. Tetapi Manchester  City dan PSG masih tidah dihukum?

Ketibaan Javier Tebas disambut oleh ketua pegawai eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam. FOTO: FMLLP

Selepas anda membaca kenyataan ini lebih ke bawah lagi, anda mungkin membuat rumusan bahawa Javier Tebas antara orang yang menerima dokumen daripada Der Spiegel ini.

Infantino selamatkan Manchester City dan PSG

Agak ironi apabila Gianni Infantino dijulang sebagai wira menyelamatkan FIFA – dengan menggantikan Sepp Blatter yang ‘kantoi’ terlibat dalam banyak isu rasuah – termasuk melibatkan pemberian hak penganjuran Piala Dunia dan juga undian dalam kejohanan besar.

Laporan oleh Der Spiegel kini menuduh Presiden FIFA – Gianni Infatino sebagai orang yang telah menyalah guna kuasa – mengganggu dan campur tangan ataupun mencabuli siasatan badan bebas yang berkaitan FFP – ketika beliau menjadi setiausaha agung Uefa.

Siasatan dan audit oleh FFP dilakukan oleh Club Financial Control Body (CFCB) yang dilantik oleh Uefa. Football Leaks mendedahkan dokumen yang berkaitan dengan salah laku Infantino seperti berikut:

  • Pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman – guna dasar siapa kawan dan kelab besar diberikan ‘budi bicara’
  • Mengganggu siasatan oleh badan bebas CFCB
  • Menetapkan hadiah projek $25 juta sebagai trofi kemenangan – sedangkan Presiden FIFA dilarang terlibat dalam perkara yang berkaitan urusan seperti ini
  • Meletakkan tekanan tambahan secara dalaman (kepada pihak penganjur) yang menyerupai ugutan agar wang dibayar terlebih dahulu kepada kelab-kelab tertentu – untuk menyelamatkan kelab tertentu daripada salah laku FFP kerana defisit.
  • Tidak menerima kritikan dan memecat sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan keputusannya.
Manchester City dan PSG terus kebal?

Der Spiegel dan gabungan pengamal media sukan Eropah iaitu  European Investigation Collaborations (EIC) – telah bergabung dalam melancarkan siasatan khas ke atas Gianni Infatino – ketika menjadi Setiausaha Agung Uefa.

Laporan itu menuduh Infatino telah melindungi 2 kelab iaitu Manchester City dan PSG. Der Spiegel menyatakan, anda tak perlu menjadi pakar audit untuk melihat salah laku kelab ini dalam FFP. Hanya dengan cara mereka berbelanja – anda sudah tahu mereka berlebihan dalam berbelanja melebihi pendapatan setahun.

Pembelian Neymar dan Mbappe sahaja sudah menelan kos sekitar €400 juta.

Beribu-ribu dokumen akan diedarkan oleh Football Leaks bermula minggu ini kepada beberapa media arus perdana. Ini bagi mendedahkan salah laku berikut:

  • Manchester City dan PSG melanggar FFP secara sistematik sejak bertahun-tahun lamanya
  • Infantino – ketika menjadi Setiausaha Uefa – akur dengan tekanan dari Abu Dhabi dan Qatar – dan beliau membenarkan 2 kelab ini beroperasi seperti biasa walaupun melanggar syarat FFP
  • Uefa mengenakan hukuman ringan kepada 2 kelab – manakala kelab kecil yang lain dilarang untuk menyertai UCL dan UEL atas kesalahan serupa
  • Infantino yang sepatutnya bersikap neutral telah mengadakan pertemuan rahsia dengan bos-bos Manchester City dan PSG untuk ‘penyelesaian belakang’. Infantino menafikannya tetapi Der Spiegel melaporkan mereka ada bukti.
  • Infantino memasukkan informasi tak betul ke dalam persatuan (Uefa) untuk memastikan 2 kelab tersebut ‘bersih’ daripada salah laku.
  • Menggunakan ‘penyelesaian belakang’ yang dipanggil budi bicara untuk kesalahan mandatori – sedangkan Infantino sepatutnya tidak boleh sama sekali berbuat begitu.
  • Uefa secara sistematik membelakangkan prosedur mereka sendiri dalam prosedur FFP
Infantino mengganggu audit CFCB

Manchester City dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sejak 2010. Manakala PSG pula dimiliki oleh Qatar Sports Investments yang mendapat sokongan dana daripaa Emir Qatar – Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Ketika Uefa melancarkan siasatan ke atas 2 kelab ini – Manchester City dan PSG didapati menerima dana yang tidak sepatutnya. Ianya dikaburi dengan dimasukkan sebagai duit tajaan. Anda bayangkan, Jabatan Perlancongan Qatar memberikan tajaan bernilai €700 juta sehingga €1.125 billion kepada mereka dalam masa kira-kira 5 tahun – seperti yang terkandung di dalam kontrak.

Der Spiegel melaporkan siasatan oleh CFCB mendapati jumlah tajaan daripada Tourism Qatar hanyalah sekitar €3 juta – €5 juta setahun. Ianya kira-kira 40-60 kali ganda lebih rendah daripada jumlah yang dinyatakan secara berlebihan (overstated).

Der Spiegel mengesahkan yang Manchester City menerima dana tak bersih daripada penaja dari Abu Dhabi termasuk wang kerajaan menerusi Aabar. Mereka juga menyatakan beberapa tajaan secara tak tepat dengan berlebihan.

Aabar dilaporkan menaja Man. City £15 juta semusim. Namun satu dokumen e-mel dibocorkan oleh Der Spigel menyatakan;
Pada Mei 2010, Pengarah Man. City – Simon Pearce menghantar e-mel peringatan bahawa Aabar perlu membayar sekitar £3 juta seperti yang tertakluk dalam obligasi pada kontrak tajaan mereka.

Dari mana £12 juta lagi? Dalam e-mel yang sama Simon Pearce menyatakan angka itu akan ditanggung oleh Sheikh Mansour. Pearce menafikan hal ini dan memberitahu beliau tidak mahu buang masa komen akan hal yang dilabel oleh Der Spiegel sebagai kebocoran e-mel hasil daripada godaman komputer.

Mengikut peraturan Uefa; sesebuah kelab itu tidak boleh defisit lebih €5 juta – kini €10 juta. Jika melanggar peraturan itu, pasukan tersebut akan dikenakan tindakan termasuk dilarang bermain dalam UCL dan UEL. Ini akan membuatkan kelab itu hilang wang yang besar daripada hak penyiaran terutama sekali UCL.

Namun begitu, pemilik ataupun pemegang sahal kelab boleh menyuntik dana sehingga €15 juta – kini dihadkan kepada €10 juta sahaja – atas sebab-sebab tertentu tanpa sesekali menyatakan secara berlebihan angka tajaan.

Laman web The Black Sea antara yang menerima dokumen yang diedarkan oleh Der Spiegel ini. Mereka mendedahkan Gianni Infatino terlibat dalam memberikan perjanjian rahsia (di belakang) kepada Manchester City dan PSG sebelum beliau meninggalkan Uefa untuk menjadi Presiden FIFA.

Rundingan belakang

Infantino bertindak dengan meyalah guna kuasanya – merosakkan peraturan yang diwujudkan oleh organisasi beliau sendiri – ini apabila beliau telah berjumpa pihak Manchester City dan PSG bagi membantu kelab itu agar tak dihukum. Infantino telah mengganggu dan mencabuli sasiatan CFCB.

Sebagai contoh, PSG terus dibenarkan menerima dana €100 juta setahun daripada Qatar. Angka yang jauh lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Uefa. Sebagai balasan – kelab itu setuju mengurangkan perbelanjaan pasukan dan juga angka defisit. Maklumat perjanjian ini adalah rahsia di antara PSG dan Infantino.

Pada 8 Mei 2014 – Infantino pergi ke England untuk campur tangan dalam siasatan CFCB. Beliau membantu Man. City dengan cara sama – memberikan penyelesaian belakang. Infantino bertemu dengan CEO Man. City – Ferran Soriano.

Soriano diminta oleh EIC untuk menjelaskan isu itu. Beliau sehingga ke hari ini tidak berminat memberikan komen.

Infantino juga enggan memberikan komen akan hal ini. Dan agak mengejutkan apabila The Black Sea melaporkan ada pegawai FIFA yang membantu Infantino dalam memberikan kenyataan mewakilinya. Pegawai itu berkata:

“FFP diwujudkan untuk meningkatkan standard pengurusan kewangan kelab-kelab di Uefa. Sekaligus untuk mengurangkan beban hutang mereka dan membantu kelab beroperasi dengan sumber kewangan mereka sendiri. Ini akan mewujudkan pegurusan kelab yang stabil dan berdaya saing.”

Manchester City bukanlah kelab seperti Barcelona, Real Madrid mahupun Manchester United yang menjana keuntungan hasil tajaan sehigga €500-€650 juta setahun. Tetapi mereka berbelanja dengan sangat besar dalam pasaran perpindahan pemain. Kesannya CFCB melaporkan Man. City berhadapan defisit €233 juta.

Jadi kenapa mereka masih tak digantung daripada pertandingan Uefa? Dan sebelum ini hanya dikenakan denda ringan.

Lantas Der Spiegel mempersoalkan kenapa perlu ada peraturan berbeza diamalkan untuk setiap kelab? Adakah kerana Uefa takut kehilangan publisiti daripada pasukan besar ini termasuk nama-nama pemain besar seperti Aguero, De Bruyne dan Neymar?

Sebagai rekod sejak 2012, audit oleh CFCB membuatkan beberapa kelab digantung kerana defisit. 8 kelab Romania; Targu Mures, Dinamo Bucharest, CFR CLUJ, FC Astra Giurgiu, Botosani, Rapid Bucharest, FC Petrolul Ploiesti dan CS Pandurii Targu Jiu – 5 kelab Turki; Bursaspor, Trabzonspor, Karabükspor Beşiktaş dan Fenerbahce – kesemua mereka gagal menepati piawaian FFP dan dikenakan penggantungan daripada kejohanan UCL dan UEL.

Kelab-kelab tersebut juga hilang wang hadiah daripada Uefa serta dilarang untuk membeli pemain pada jendela perpindahan. Uefa mengarahkan mereka menjual pemain mereka sehingga angka tertentu dicapai dalam akaun mereka.

Oleh itu pada pra-musim lalu, PSG dilaporkan perlu menjual pemain bintang mereka termasuk Kylian Mbappe untuk memastikan mereka mengimbangi defisit mereka. Tetapi buat masa ini Uefa masih menyatakan kelab ini dalam siasatan susulan. Itupun selepas ditekan oleh beberapa kelab serta La Liga menerusi Javier Tebas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN