Fernando Torres Dedahkan Dirinya Dikhianati Liverpool 5 Tahun Lalu

Kepada peminat Liverpool, masih ingat tak dengan perpindahan kontroversi Fernando Torres ke Chelsea 5 tahun lalu?

Akhirnya, Toress mendedahkan punca mengapa beliau pergi ke kelab London itu.

Dan beliau tidak pergi kerana duit!

Sebaliknya, beliau pergi ke Chelsea kerana rasa ‘dikhianati’ oleh pengurusan Liverpool ketika itu.

Tidak tahu punca dijual

Ketika Torres bercakap untuk buku bertajuk ‘Ring of Fire: Liverpool FC into the 21st centuries – the players’ stories’ karya Simon Hughes,  Torres mengatakan yang beliau sendiri tidak tahu punca sebenar mengapa beliau dijual ke Chelsea.

Beliau juga mendedahkan yang beliau pernah bercakap bersama pengarah urusan Liverpool ketika itu iaitu Christian Purslow (gambar bawah) pada musim panas 2010 dan kemudiannya Damien Comolli – pengarah bola sepak Liverpool – pada bulan November.

REU_1158499

Torres menegaskan beliau tidak tahu punca mengapa beliau dijual, sama ada disebabkan masalah kewangan yang dihadapi Livepool ketika itu.

Namun Purslow memberitahu beliau yang dimana para pemain Liverpool tidak perlu kemana-mana kerana hendak menjaga nilai harga pemain – kerana ketika itu Liverpool sedang dalam proses pengambil alihan.

Namun, Purslow merupakan seorang yang lidah bercabang. Torres berasa amat kecewa apabila Javier Mascherano dijual kepada Barcelona tidak lama selepas beliau berjumpa dengan Purslow.

“Saya tidak boleh tunggu lama lagi!”

101110-052-Wigan_Liverpool-1200x758

Selepas New England Sport Ventures yang kini dikenali sebagai Fenway Sports Group (FSG) mengambil alih kelab, FSG memperkenal satu cara bagaimana pemilik dari Amerika Syarikat itu hendak melaburkan wang mereka kepada Liverpool.

Pertama, FSG melantik Comolli sebagai pengarah bola sepak serta melantik Kenny Dalglish sebagai pengurus selepas memecat Roy Hodgson.

Satu lagi pelan FSG yang membangkitkan kemarahan Torres adalah FSG mahu membina pasukan dari kalangan pemain muda.

“Saya tidak boleh tunggu lagi!”

“Mereka (FSG) mahu membawa pemain muda dan membina semula pasukan. Tapi bila saya fikir balik, perkara itu mengambil masa sama ada 2 tahun, 5 tahun atau mungkin 10 tahun!”

Torres juga merasakan Liverpool masih lagi membina pasukan.

“Saya tak ada masa lagi dah, saya sudah 27 dan saya tak boleh tunggu lagi! Saya nak menang piala!”

“Selepas 5 tahun saya tinggalkan Liverpool, mereka masih lagi membina pasukan. Dan apa yang pelik, kedudukan liga mereka masih sama ketika saya tinggalkan Liverpool dulu.”

Liverpool tidak pernah mengaku kesilapan sendiri

Torres yang awal-awal lagi tidak gembira dengan situasinya di Liverpool, menjadi semakin tidak gembira apabila hasil pertemuannya dengan Kenny Dalglish tidak mencapai hasil yang positif.

Namun begitu, Torres juga mendedahkan yang beliau hanya bermula bercakap dengan Dalglish selepas Chelsea melakukan rundingan secara tertutup untuk mendapatkan Torres.

Namun, reputasi Torres sebagai wira di Anfield berubah menjadi watak paling dibenci ketika itu berubah dalam sekelip mata.

Ini kerana kemahuan beliau mahu keluar dari Liverpool didedahkan kepada umum – oleh kelabnya sendiri!

“Dia ibarat seperti mereka mahu tunjukkan pada semua orang yang saya yang membelot kepada pasukan.”

“Liverpool tidak mahu mengaku kesilapan yang mereka lakukan terhadap pasukan. Mereka perlu mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.”

Torres akhirnya berpindah ke Chelsea pada hari terakhir perpindahan dengan nilai £50 juta. Dan selepas itu Torres mengecap pelbagai kejayaan di London seperti gelaran FA Cup, Europa League dan UEFA Champions League.

Dan Liverpool hanya memenangi Capital One Cup sahaja sejak itu.

Baca juga: Selepas Lakukan ‘Pembersihan’ Skuad Dan Berbelanja Besar, Klopp Tiada Alasan Gagal Di Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN