Fernando Torres Bakal Sertai Kelab Liga Super China?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Ini bukan pertama kali Fernando Torres dikaitkan dengan sebuah kelab bola sepak di Asia.

Namun kali ini, perkhabaran Torres ke Asia tampil  secara lebih spesifik.

Bekas penyerang Chelsea dan Liverpool, Fernando Torres dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab bola sepak Dalian Yifang di Liga Super China (CSL).

Kontrak pemain berusia 33 tahun ini bersama Atletico Madrid bakal tamat pada musim panas akan datang, dan laporan media di Eropah mengaitkan Torres dengan perpindahan ke Asia.

Fernando Torres

Torres semakin sukar mendapat tempat di dalam kesebelasan utama Atletico Madrid, terutama selepas ketibaan Diego Costa pada Januari lalu.

Selain daripada Costa, Atletico Madrid turut mempunyai Antoine Griezmann di dalam skuad mereka.

Ini menyebabkan Torres mahu mengubah angin, dan akhbar Marca melaporkan Dalian Yifang bersedia untuk merealisasikan impian Torres.

(Photo by John Walton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Atletico Madrid adalah kelab di mana karier Torres mulai mendapat perhatian. Namun demikian, penyerang ini mengambil keputusan untuk menyertai Liverpool pada 2007.

Tampil sebanyak 102 kali bersama kelab Mersyside tersebut, Torres menjaringkan 65 gol, sebelum perpindahan kontroversi ke Chelsea pada Januari 2011.

(Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Walaupun dinilai dengan angka £50 juta (angka cukup besar pada era itu), Torres gagal menjelmakan sentuhan yang pernah menjadikan beliau sebagai antara penyerang paling prolifik di eropah.

Torres kemudiannya menyertai AC Milan secara pinjaman sebelum kembali ke Atletico pada 2015.

(Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Jika perpindahan Torres ke China menjadi kenyataan, maka beliau akan menyertai bekas pemain pertahanan Southampton dan West Ham, Jose Fonte yang telah melengkapkan perpindahan ke kelab China berkenaan pada Jumaat lalu.

Fonte menyertai Dalian Yifang daripada West Ham dengan nilai perpindahan dilaporkan sekitar £5 juta.