Fernando Santos: Masih Banyak Yang Boleh Disumbangkan Oleh Cristiano Ronaldo Buat Portugal

Cristiano Ronaldo

Kempen Portugal dalam kancah Piala Dunia 2018 sampai ke penghujung selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Uruguay awal pagi tadi.

Jaringan penyamaan dari Pepe berjaya memadamkan pendahuluan pada jaringan awal yang dihasilkan Edinson Cavani.

Bagaimanapun, Cavani muncul wira dengan jaringan kemenangan pada minit ke-62 untuk layak ke peringkat suku akhir bagi menempah pertemuan bertemu Perancis.

Bagi pengurus Portugal, Fernando Santos, beliau mengharapkan agar bintang pasukan, Cristiano Ronaldo dapat terus berbakti buat juara Eropah itu.

Cristiano Ronaldo
SARANSK, RUSSIA – JUNE 25: Cristiano Ronaldo of Portugal misses a penalty during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Iran and Portugal at Mordovia Arena on June 25, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

”Sudah tentu, ya, Cristiano (Ronaldo) masih banyak lagi yang boleh disumbangkannya buat bola sepak.”

”Terdapat satu kejohanan pada bulan September, iaitu UEFA (Nation League) dan kami harap dua dapat bersama kami lagi untuk membantu pemain muda untuk berkembang.”

”Kami mempunyai pasukan dengan ramai pemain muda dan sudah tentu kami memerlukan dia bersama kami.”

Cristiano Ronaldo bermula dengan baik pada dua perlawanan awal apabila menyumbang empat gol selepas meledak hatrik pada perlawanan bertemu Sepanyol serta menjaringkan gol tunggal bagi kemenangan bertemu Tunisia.

Bagaimanapun, aksi terakhir peringkat kumpulan, beliau terlepas peluang bagi menambah koleksi jaringan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan bertemu Iran.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN