Fernandes: Pemain Yang ‘Dahaga’ Kejuaraan Sahaja Layak Sertai United

Bruno Fernandes Paul Scholes

Perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes berkata jika pasukannya mahu mendapatkan pemain baharu, mereka harus pilih yang ada mentaliti menang sahaja untuk kembali menjulang kejuaraan pada masa akan datang.

Fernandes yang menyertai juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari Sporting Lisbon pada Januari dengan perpindahan bernilai €55 juta (RM260 juta), telah pun menjaringkan tiga gol dan membuat empat bantuan jaringan dalam semua pertandingan setakat ini.

Aksi cemerlang yang ditampilkannya pada bulan pertamanya sejak tiba di Old Trafford membolehkan beliau mengetepikan beberapa calon lain iaitu Marcos Alonso dan Pierre-Emerick Aubameyang untuk dinamakan sebagai pemain terbaik EPL bulan Februari.

“Saya sendiri ‘dahaga’ untuk memenangi segalanya. Saya datang ke Manchester untuk menang liga, Liga Juara-Juara Eropah (UCL), semuanya,” kata Fernandes dalam sesi soal jawab bersama penyokong dalam laman web rasmi Manchester United.

“Kelab ini adalah sebuah pasukan yang besar, jadi sesiapa yang datang ke kelab ini perlu sentiasa fikir untuk menang. Fokus hanya untuk menang setiap perlawanan, saya mahu setiap pemain ‘dahagakan’ kejuaraan.

“Kita pun tahu potensi yang Manchester ada. Walaupun kami pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain muda, tetapi kami ada kualiti yang cukup baik. Saya dapatkan rasakan benda ini dan semua pemain kini mahu menang.”

Prestasi United sejak ketibaan pemain Portugal itu sememangnya sedang mencanak naik selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan sebelum semua pertandingan digantung disebabkan pandemik Covid-19.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini sedang menduduki tangga kelima EPL dan berusaha untuk menamatkan saingan di empat kedudukan teratas bagi melayakkan mereka ke saingan UCL pada musim hadapan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bruno Fernandes dan Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN