Ferdinand Puji Aksi Seorang Pemain United Yang Sekolahkan Upamecano

Ferdinand

Aksi cemerlang yang ditampilkan oleh Marcus Rashford pada perlawanan menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi telah mendapat pujian daripada bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand.

Rashford yang dimasukkan pada minit ke-63 berjaya meledakkan hatrik untuk membantu United membelasah wakil daripada Jerman itu sekali gus menghadiahkan kemenangan 5-0 buat The Red Devils di laman sendiri.

Melihat kepada aksi hebat diperagakan penyerang berusia 23 tahun itu, Ferdinand merasakan beliau telah membuatkan pemain pertahanan Leipzig terutamanya Dayot Upamecano seperti ‘budak’ sekolah pada perlawanan tersebut.

”Marcus Rashford begitu memukau. Dia buat macam bermain di padang permainan dan membuli semua orang,” ujar Ferdinand menurut laporan Goal.

”Dia terlalu pantas, terlalu kuat. Beliau jelas lebih hebat berbanding Leipzig.”

”Dia membuatkan beberapa pemain pertahanan yang mana sebelum ini kami menggemari mereka, kelihatan seperti budak sekolah pada malam ini.”

”Ia adalah berkaitan untuk menjadi ‘kejam’ tetapi saya merasakan Upamecano telah menghadapi satu mimpi buruk malam ini. Ini adalah kejam.”

”Tidak ada keraguan di pemikiran saya, sekali dia [Rashford] melangkah masuk ke padang, keyakinannya adalah untuk menunjukkan sesuatu pada ketika itu dan keinginannya adalah untuk membocori gawang lawan dan mendapatkan jaringan.”

Setelah mengharungi sembilan perlawanan dalam semua pertandingan disertai Manchester United pada musim ini, Rashford telah menjaringkan tujuh gol dengan pecahan empat jaringan dalam kempen UCL, dua gol bagi Liga Perdana Inggeris manakala satu gol lagi ketika aksi Piala Carabao.

Cabaran sukar bakal dihadapi Rashford dan rakan sepasukannya pada awal pagi Isnin nanti apabila The Red Devils akan bertemu Arsenal di Old Trafford.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Marcus Rashford:

UCL 2020/21: Rashford Jadi Watak Utama Man Utd Belasah RB Leipzig

Marcus Rashford: Sukar Untuk Menjangkakan Tentang VAR

Marcus Rashford Terima Anugerah Diraja Atas Jasa Bantu Kanak-Kanak Memerlukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN