Fellaini Kecewa Dituduh Datang Ke China Kerana Wang

“Saya kecewa,” luah Fellaini kepada wartawan sebaik sahaja ditanya tentang pandangan beliau ke atas kenyataan bahawa beliau mahu ke China kerana tertarik dengan pakej wang yang banyak.

Namun Fellaini menyatakan beliau berhijrah ke China kerana tidak yakin dengan tempat beliau di dalam pasukan Man. United. Fellaini berterus-terang menyatakan, pemecatan Mourinho menjadi pengaruh terbesar di dalam keputusan beliau.

Semua orang tahu Fellaini merupakan salah seorang pemain kegemaran Mourinho. Oleh itu, Fellaini melanjutkan kontrak di Old Trafford sebelum ini selepas dipujuk Mourinho.

Namun malangnya selepas itu Mourinho dipecat. Fellaini memberitahu media, beliau pastinya masih kekal di Old Trafford jika Mourinho masih menjadi pengurus.

Fellaini sudah lama dikaitkan dengan Liga Super China. Dan beliau menolak tawaran itu kerana Mourinho yang masih percayakan beliau di Man. United.

Fellaini kemudian menyertai Shandong Luneng. Fellaini yakin wang bukan faktor utama. Sebaliknya beliau mahu ke China kerana mahu berubah angin selepas 10 tahun bermain di England.

Fellaini berkata: “Saya datang ke Shandong Luneng kerana kelab ini sudah lama berminat dengan saya. Dan saya rasa sudah bersedia dengan cabaran baharu, serta budaya dan kehidupan baharu selepas England.”

“Okay, sekarang saya baru berusia 31 tahun. Saya menandatangani kontrak lanjutan 3 tahun. Jika saya datang ke China pada usia 34 tahun, ianya sudah terlalu lambat.”

“Saya masih boleh menyertai kelab elit Eropah lain untuk 2 atau 3 musim, tiada masalah. Namun selepas 10 tahun di England, bermain lebih 350 perlawanan, saya rasa dah tiba masanya saya beralih arah. Saya gembira dengan pilihan ini.”

“Saya sudah menjadi pemain profesional sejak berusia 12 tahun dan segalanya berjalan lancar. Saya membuat pilihan sendiri dan tak akan menyesali apa-apa. Saya bermain di [Liege], kelab terbesar di Belgium dan memenangi liga. Saya pernah berpindah ke England dengan rekod perpindahan.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 08: (EXCLUSIVE COVERAGE) David de Gea, Marouane Fellaini and Luke Shaw of Manchester United in action during a first team training session at Aon Training Complex on March 8, 2015 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Saya menikmati karier yang baik di Everton dan memenangi Piala dan Liga Europa di Man. United. Saya hanya gagal menjuarai EPL. Itu hakikatnya.”

“Namun saya tak bermimpi untuknya lagi ataupun terfikir mahu kembali ke liga utama Eropah. Namun saya tak menolak kemungkinan akan pulang ke semula ke Belgium. Kenapa tidak?”

Ditanya tentang sama ada beliau tertarik dengan wang yang banyak ditawarkan di China. Fellaini menjawab: “Itu bukan cara saya. Saya lebih melihat perkara ini sebagai mencari cabaran baru. Lihatlah fasiliti dan kemudahan perubatan di sini, saya sangat gembira berada di sini.”

“Dengan Asian Champions League, saya akan bermain 2 perlawanan seminggu di sini. Saya tetap tak akan berehat lebih lama – sama juga dengan di Eropah. Namun saya akui intensiti di sini berbeza.”

“Musim pertama saya di Manchester United sangat sukar. Namun saya keluar sebagai pemain yang dihormati. Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk kelab, bermain banyak perlawanan dan menjaringkan banyak gol penting.”

“Saya pernah bekerja dengan pemain dan pengurus elit di salah sebuah kelab terbesar di dunia. Suatu hari nanti kamu akan mengimbas kembali dan tersenyum.”

Fellaini enggan mengulas tentang pengurus kesayangan beliau kerana bagi beliau sebagai pemain profesional beliau sentiasa belajar perkara berbeza daripada setiap pengurus yang berbeza.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram