Fellaini Jadi Pemain Pertama Di CSL Jadi Mangsa COVID-19

Kerjasama Semuanya BOLA

Marouane Fellaini disahkan positif menghidap COVID-19 ketika berada di Wilayah Jinan, China. Perkara itu disahkan oleh jabatan kesihatan tempatan.

Bekas pemain Everton dan Manchester United itu kembali untuk menyertai Shandong Luneng untuk persiapan Liga Super China (CSL) dan tiba dengan menggunakan kereta api ketika saringan dilakukan.

Keputusan positif tersebut menjadikan Fellaini sebagai pemain bola sepak pertama di CSL yang disahkan dijangkiti COVID-19 setakat ini.

Sepertimana pertandingan liga bola sepak di seluruh dunia yang digantung akibat penularan wabak ini, CSL turut mengalami nasib sama walaupun China kini merekodkan penurunan kes yang ketara.

Fellaini berhijrah ke Shandong pada 2019 dan melalui musim pertama menakjubkan di China apabila menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan di musim pertamanya.

Pemain antarabangsa Belgium itu turut membantu pasukannya mengakhiri saingan di kedudukan ke-5 liga pada musim lalu.

Walaupun jumlah kes di China kini menunjukkan penurunan, penularan wabak ini di seluruh dunia semakin meningkat dengan Itali paling terkesan.

Beberapa pemain bola sepak tekemuka dunia, dan jurulatih turut dijangkiti virus yang sama.

Pada Sabtu, Presiden Real Madrid Lorenzo Sanz meninggal dunia akibat wabak tersebut. Penyerang Juventus, Paulo Dybala dan bekas pemain pertahanan AC Milan dan Itali, Paulo Maldini adalah mangsa baharu wabak tersebut.

Fellaini kini dirawat di Hospital Jinan, China.

Baca artikel lain berkaitan Marouane Fellaini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram