FELDA United Dijangka Tamatkan Khidmat Para Pemain Import Mereka

FELDA United musim ini bukanlah seperti FELDA United pada musim lalu.

Musim lalu, mereka berhadapan dengan JDT dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super.

Namun pada musim ini, mereka berhadapan pasukan seperti Melaka United dan juga Sarawak di kelompok bawahan liga.

Pusingan 360 darjah FELDA United ini nyata mengecewakan dan sesuatu perlu dilakukan demi menyelamatkan musim mereka.

Buang import

Pengendali FELDA United, B. Sathianathan memberitahu Berita Harian yang pasukannya bakal melakukan perubahan terutamanya pemain import.

Dikhabarkan semua 4 pemain import mereka iaitu Lucas Cano, Mootaz Bellah El Junaidi, Zah Rahan Krangar dan Gaston Cellerino semua bakal disingkirkan pada pertengahan musim ini.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Hal ini kerana, bagi Sathianathan mereka telah menunjukkan prestasi yang tidak begitu memuaskan terutamanya ketika aksi Piala AFC semalam ketika menentang Tampines Rovers.

FELDA United tewas di tangan wakil Singapura itu dengan jaringan 3-1.

“Saya boleh cakap para pemain import saya tidak bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk perlawanan menentang Tampines Rovers.”

“Malah ada pemain tempatan yang beraksi jauh lebih baik daripada mereka.”

Kata Sathianathan lagi, beliau telah pun berbincang dengan pengurusan FELDA United untuk membawa 3 pemain import baharu pada jendela perpindahan akan datang.

Jika perkara ini berlaku, FELDA United bakal menjadi pasukan kedua di Liga Super yang bakal melakukan perubahan besar terhadap pemain import mereka.

Sebelum ini dikatakan Melaka United bakal menyingkirkan kesemua 4 pemain import mereka pada pertengahan musim ini.

Baca juga: Andik Vermansah Tiba Di Malaysia, Sedia Kembali Sarung Jersi Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN