Felda United Sahkan JDT Buru Khidmat Danial Amier Untuk Skuad Musim Hadapan

danial-amier-felda-united

Kapten skuad B-23 negara, Danial Amier Norhisham kini menjadi buruan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai persediaan musim 2020. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FELDA United, Afizal Abu Othman menerusi rancangan Nadi Arena di Astro Arena.

“Sekarang memang terima daripada pihak JDT, jadi mereka perlu berbincang dengan kami. Hasil perbincangan itu, jika bersetuju, baguslah. Kami juga mahu sesuatu yang adil untuk FELDA. Dia sudah tiga atau empat tahun bersama kami dan dia dijaga sejak daripada skuad pembangunan lagi,” jelas Afizal.

Ini menunjukkan kesediaan FELDA United membuka rundingan mengenai masa depan pemain berusia 22 tahun itu dan dengan situasi kecederaan yang kerap mengganggu perkembangan kariernya, JDT pasti adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

JDT memiliki fasiliti yang mungkin dapat membantu Danial Amier dalam memulihkan semula kariernya ke landasan semula seperti yang dilalui oleh beberapa pemain berbakat negara antaranya yang terkini Rozaimi Abdul Rahman dan S. Kumaahran.

Begitupun, Danial Amier yang sejak 2017 sudah bersama skuad The Fighters itu memiliki tanda harga yang agak besar iaitu RM1 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Afizal kepada Nadi Arena.

Dengan berbaki setahun lagi kontrak serta hanya membuat enam penampilan (tiga kali dalam kesebelasan utama), adakah pemain ini masih memiliki masa depan yang baik bersama FELDA United?

Danial Amier merupakan watak penting yang membawa skuad B-23 negara melangkah sehingga ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 tahun lalu apabila jaringan tunggalnya berjaya menewaskan Arab Saudi di perlawanan terakhir peringkat kumpulan – layak selaku naib juara kumpulan C dengan 4 mata, 3 mata di belakang Iraq.

Selepas dikatakan bakal menjadi watak penting buat kelabnya untuk saingan Liga Super musim ini bersama Hadin Azman, Danial Amier mula hilang daripada radar akibat masalah kecederaan.

Sebagai respon, pemain muda berbakat negara itu menjelaskan yang fokusnya kini lebih terarah untuk FELDA United tetapi tidak menutup sepenuhnya pintu peluang untuk ke Harimau Selatan.

“Itu (tanda harga) saya letakkan kepada pengurusan untuk uruskan. Harga adalah hak mereka untuk tetapkan dan saya sebagai pemain bersyukur dan gembira kerana JDT berminat dengan saya.

“Buat masa sekarang, saya fokus dengan FELDA dan jika ada rezeki ke JDT, Alhamdulillah,” jelasnya lagi kepada Nadi Arena.

Kredit Featured Image: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN