FELDA United Sah Beraksi Dalam Liga Super 2019, FELCRA FC Tarik Diri

Badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mengumumkan 20 pasukan yang sah akan beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Premier untuk musim 2019.

11 daripadanya merupakan pasukan unifi Liga Super iaitu, Perak, PKNS FC, Pahang, Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC, Kedah, Melaka, Selangor, PKNP FC, Kuala Lumpur dan Felda United FC.

Manakala baki sembilan pasukan adalah daripada 100PLUS Liga Premier iaitu, Negeri Sembilan, Kelantan, MIFA, Johor Darul Ta’zim II, PDRM, Sabah, Sarawak, UiTM FC, Pulau Pinang.

MFL turut mengumumkan dua pasukan telah gagal membuat pengesahan penyertaan iaitu pasukan Felcra FC dari unifi Liga Super dan UKM FC dari 100PLUS Liga Premier.

FELCRA FC sah tarik diri kerana masalah kewangan

Menurut kenyataan rasmi daripada MFL, pihak FELCRA FC telah pun menghantar surat penarikan diri kepada MFL bertarikh 15 November 2018 atas sebab masalah kewangan.

“Keputusan ini dinilai dari sudut positif di mana MFL dapat membuat penapisan dari peringkat awal bagi pasukan-pasukan yang tidak mampu untuk bersaing di dalam Liga Malaysia dan dapat mengurangkan masalah-masalah seperti yang telah terjadi pada musim yang lepas,” kata kenyataan daripada MFL.

Pengesahan ini sekaligus memberi jawapan kepada satu laporan daripada Berita Harian  yang mengatakan FELCRA FC mungkin tidak akan menarik diri dan terus beraksi dalam saingan Liga Super musim depan meskipun dikejutkan dengan berita pembubaran pasukan itu sebelum ini.

Katanya pembubaran yang diumumkan sebelum ini berpunca daripada salah faham antara pihak pengurusan tertinggi dan pengurusan pasukan membabitkan sumber kewangan bagi memastikan operasi pasukan itu berjalan lancar.

MIFA bakal gantikan slot FELCRA FC dalam saingan Liga Super 2019?

Bagi memenuhi 12 slot unifi Liga Super Malaysia 2019, pasukan tempat ketiga dalam saingan 100Plus Liga Premier 2018 iaitu MIFA menjadi calon pilihan untuk menggantikan tempat naib juara Liga Premier, FELCRA FC yang telah menarik diri.

Bagaimanapun, ianya akan diputuskan menerusi Lembaga Pengarah MFL kerana MIFA perlu memenuhi beberapa kriteria pelesenan kelab FAM.

“MFL telah menghantar surat kepada pasukan MIFA tentang lapan (8) kriteria yang harus dipenuhi sebelum dipilih untuk dipromosikan ke unifi Liga Super Malaysia 2019.

“Antara kriteria tersebut adalah, membuktikan Lesen Kelab yang telah diluluskan oleh FAM, deklarasi pembayaran tertunggak, perancangan kewangan dari tahun 2019 hingga 2021, pengauditan penyata kewangan yang telah dihantar ke FAM, perjanjian sewaan stadium bagi lima musim terakhir (2014-2018), carta organisasi pasukan, deklarasi intergriti bagi lima musim terakhir (2014-2018) dan perancangan pasukan bagi menaikkan jumlah penyokong dan memantapkan perhubungan bersama penyokong,” kata kenyataan daripada MFL.

MIFA

Jika MIFA dinaikkan pangkat ke Liga Super musim depan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mencadangkan empat pasukan dari Liga FAM yang akan dipromosikan untuk memenuhi 12 slot 100PLUS Liga Premier 2019.

Difahamkan MFL akan membuat penapisan berdasarkan kriteria-kriteria dan juga pasukan yang akan dicadangkan oleh FAM terlebih dahulu. Keputusan akhir adalah tertakluk kepada Lembaga Pengarah MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN