FELDA United Hanya Akan Menggunakan Empat Pemain Import

Ketua jurulatih FELDA United, Nidzam Jamil mengesahkan pasukannya hanya akan menggunakan khidmat 4 pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini biarpun kuota yang dibenarkan ialah lima pemain import.

Bercakap kepada Berita Harian, Nidzam turut menjelaskan hanya seorang pemain import musim lalu dikekalkan namun enggan mendedahkan nama baki tiga lagi pemain import.

“Saya sahkan The Fighters hanya menyenaraikan empat import musim ini. Setakat ini, khidmat Thiago Aquino yang beraksi bersama pasukan musim lalu kekal bersama The Fighters dan baki tiga lagi pemain akan diumumkan kemudian.

“Saya yakin pemain tempatan dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka biarpun ada dalam kalangan mereka baru kali pertama beraksi di Liga Super,” katanya.

Khidmat bekas pemain import Perak, Thiago Aquino tetap diperlukan bagi mengawal benteng pertahanan FELDA United.

Menurut sumber daripada media tempatan, skuad The Fighters dijangka akan menyenaraikan seorang pemain import Asia dan dua lagi pemain dari Amerika Selatan.

Malah, skuad itu turut diperkuatkan oleh penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali serta pemain senior seperti Christie Jayaseelan selain kehadiran tiga pemain muda iaitu Hadin Azman serta pemain skuad B-23 negara, Danial Amier Norhisham dan Zahril Azri.

Stadium Tun Abdul Raza (STAR) kekal sebagai gelanggang rasmi FELDA United

 

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan skuad FELDA United mungkin akan menggunakan stadium sekitar lembah klang sebagai gelanggang rasmi mereka namun Nidzam menafikannya kerana tiada keperluan untuk mereka menukar stadium lain.

“Sebenarnya, tiada sebarang perubahan menukar stadium lain kerana STAR memikili kemudahan terbaik buat FELDA United. Saya gembira apabila STAR masih menjadi stadium rasmi kelab ini dan pada masa sama, pihak pengurusan tidak ada memaklumkan kemungkinan kelab ini akan beraksi di stadium lain,” katanya.

Mohd Nidzam berkata, STAR juga begitu dekat dengan FELDA United sejak kali pertama beraksi pada 2016 dan seharusnya kemudahan yang ada digunakan sebaiknya terutama penghargaan kepada peminat The Fighters.

“Peminat terutama dalam kalangan warga peneroka Jengka dapat menyaksikan FELDA United beraksi di laman sendiri sekali gus memberi sokongan kerana musim ini kelab ini sudah kembali beraksi di Liga Super,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN