FELDA United Bakal Hilang Khidmat Danial Amier 3 Minggu

Danial Amier Norhisham FELDA United 2020 Pra Musim

Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman memaklumkan kepada Astro Arena yang FELDA United bakal kehilangan khidmat pemain tengah, Danial Amier Norhisham pada permulaan musim 2020.

Pemain berusia 22 tahun itu dikhabarkan bakal menjalani pembedahan tulang metatarsal pada Selasa ini yang akan menyebabkan beliau terpaksa berehat untuk sekurang-kurangnya tiga minggu.

Ini akan menyebabkan pemain muda ini akan tersisih untuk perlawanan pembukaan Liga Super mereka berdepan Petaling Jaya (PJ) City FC pada 1 Mac depan, sekiranya masih gagal cergas sepenuhnya.

“Sebenarnya, kecederaan itu sudah lama berlaku ketika dia bersama pasukan kebangsaan. Tetapi pada ketika itu, dia masih belum memerlukan pembedahan di tulang tersebut.

“Setelah berbincang dengan Danial, kami berharap agar dia dapat segera pulih. Musim lalu, dia terlepas lima atau enam perlawanan,” jelas Afizal Abu Othman mengenai situasi ini.

Danial Amier Norhisham adalah antara pemain muda berbakat negara yang sering kali diganggu dengan masalah kecederaan dan terlepas banyak perlawanan liga dan juga untuk skuad negara.

Mungkin bagi membetulkan keadaan dan masalah yang sering kali mengganggunya itu, pembedahan tersebut perlu dilakukan supaya risiko untuk ianya kembali berulang berkurang.

Tonggak yang membantu skuad B-22 tahun negara memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 ini kekal bersama FELDA United biarpun dikatakan bakal berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Afizal Abu Othman, perlawanan pada awal musim penting buat FELDA United untuk melonjak momentum ke tahap yang lebih baik berbanding pada musim 2019 yang lalu.

Lima perlawanan awal musim lalu, FELDA United hanya menang sekali iaitu ketika berdepan PJ City FC pada minggu kelima sementara tiga aksi berkesudahan seri dan juga satu kekalahan.

Tanpa Danial Amier Norhisham, pengendali pasukan, Nidzam Jamil mungkin perlu merencana sesuatu yang baharu di jentera tengah dan dilihat telah diuji dalam aksi pra-musim baru-baru ini.

Dengan kehadiran pemain import untuk jentera tengah, Frederic Bulot,dijangkakan Nidzam Jamil tiada masalah untuk menggandingkan pemain tersebut bersama kapten, Jasazrin Jamaluddin.

KREDIT FOTO: FELDA United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN