Felda United Akan Selesaikan Semua Hutang Pada Januari 2020

Selepas disenarai sebagai enam pasukan yang masih menanggung hutang tertunggak, Felda United memberi jaminan pasukan itu akan menjelaskan semua hutang selewat-lewatnya pada bulan depan sebelum bermula sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Memetik laporan Stadium Astro, Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman menjelaskan pihak pengurusan ibu pejabat Felda akan menyelesaikan segala tunggakan gaji yang melibatkan tujuh bekas pemain serta bekas jurulatih, B. Satiananthan.

PFAM sebelum ini telah menggesa pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menggunakan kuasanya untuk menyekat enam pasukan yang mempunyai masalah hutang tertunggak daripada menyertai Liga-M pada musim depan.

“Alhamdulillah, bajet untuk menyelesaikan hutang dan tunggakan gaji diluluskan.

“Dalam tiga minggu ini, pihak pengurusan Felda United telah menyelesaikan sebahagian daripadanya.

“Insya-Allah, dalam Januari nanti, kami akan menyelesaikan keseluruhan daripada baki-baki (pembayaran) yang tertunggak,” katanya.

Tidak mahu menjadikan isu ketiadaan geran hak penyiaran yang gagal dibayar oleh pihak MFL sebagai alasan, pihak pengurusan tertinggi Felda United mengambil tindakan sewajarnya supaya skuad The Fighters dapat terus bersaing dalam saingan Liga Super.

“Tahun depan, kami akan bermula daripada kosong semula.

“Dan kami juga sedang mengikuti program ECP (program kawalan ekonomi) MFL.

“Insya-Allah, kami akan berbelanja dengan lebih berhemah dan mengikut format ECP,” tambahnya.

Bermula musim depan, MFL memperkenalkan ECP yang akan mengawal pasukan agar tidak berbelanja berlebihan daripada peringkat awal bagi mengelakkan mereka tidak dapat membayar gaji sehingga penghujung musim.

Setiap pendapatan yang dianggarkan oleh kelab wajib dikontrakkan dalam tiga bentuk iaitu pendapatan daripada penaja, geran kontrak daripada kerajaan dan sumbangan modal daripada pemilik kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN