Felcra FC Dibubarkan Kerana Tak Cukup Dana Serta Merugikan, Kata Pengerusi

Felcra FC dibubarkan daripada kancah saingan Liga Malaysia. Ini selepas pengurusan pasukan tersebut menyatakan mereka tidak mampu mencari dana sekurang-kurangnya RM8 juta bagi operasi pasukan mereka musim hadapan.

Pengurusan bola sepak Felcra FC gagal meyakinkan pengurusan tertinggi untuk mendapatkan dana. Felcra baru sahaja dirombak dan distruktur semula.

Felcra FC menyertai liga M bermula dengan liga FAM pada 6 tahun yang lalu. Mereka melahirkan bakat seperti N. Thanabalan.

Sebelum ini salah seorang pemain utama mereka, Shahrom Kalam menyatakan yang ramai pemain Felcra FC yang mahu kekal bermain bersama pasukan itu. Mereka agak sedih dengan desas desus menyatakan kemungkinan Felcra FC dibubarkan.

Beliau berkata:

“Kalau diikutkan, ramai pemain yang masih ingin kekal bersama Felcra. Sayang jika pasukan ini berkubur.”

“Saya harap pihak pengurusan dapat memaklumkan secepat mungkin hala tuju kami.”

Shahrom dan rakan-rakannya tidak jelas dengan keadaan semasa pasukan mereka ketika itu.

Felcra FC dibubarkan sebaik sahaja dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super musim depan apabila berjaya menamatkan saingan 100PLUS Liga Premier di kedudukan kedua, dibelakang Felda United.

Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Felcra yang baru sahaja dilantik, Datuk Mohd. Nageeb (gambar) Abdul Wahab berkata:

Kredit foto – Utusan Malaysia

“Felcra FC akan dibubarkan kerana memerlukan kos sebanyak RM8 juta semusim dan tidak memberi keuntungan.”

“Beberapa anak syarikat juga akan ditutup dan digabungkan dalam usaha melakukan perubahan struktur dalam Felcra.”

Naqeeb menganggap itu adalah langkah terbaik selepas mereka mengambil kira situasi kewangan semasa syarikat mereka.

“Ia langkah terbaik Felcra selepas menilai situasi ekonomi semasa. Pembubaran Felcra FC adalah bagi memastikan aliran tunai syarikat dalam keadaan stabil.”

“Felcra menilai setiap sudut sebagai langkah penjimatan, malah Felcra kini perlu berdikari dalam hal kewangan selepas kerajaan tidak lagi menyalurkan dana kepada Felcra.”

Beberapa hari yang lalu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Felcra, Datuk Hazian Murad menjelaskan yang Felcra FC tidak akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan.

Melalui petikan kenyataannya kepada Stadium Astro, Hazian menyatakan yang Felcra mempunyai dana yang cukup walaupun dikatakan tidak lagi bergantung kepada Felcra Berhad.

“Jumlah dana sebanyak RM10 juta adalah angka yang selamat.”

“Tetapi, kalau dengan jumlah itu sahaja, ia kurang efisien untuk sesebuah pasukan bola.”

“Kami bukan sahaja perlu membayar gaji pemain dan pegawai, ia melibatkan kos stadium, pengadil dan anggota keselamatan dalam setiap pasukan.”

Maka dengan ini sahlah Felcra FC dibubarkan dan para pemain mereka dalam usaha mencari pasukan baharu musim hadapan.

Seterusnya berdasarkan situasi semasa, pasukan Liga Super 2019 hanya ada 11 pasukan sahaja daripada 12 yang ditetapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN