Fekir Kekal Di Lyon, Adakah Liverpool Baru Sahaja Merosakkan Peluang Keemasan?

Pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Olympique Lyon mengesahkan bahawa mereka menamatkan rundingan dengan Liverpool untuk kapten sensasi mereka Nabil Fekir.

Liverpool dikatakan menawarkan harga £53 juta untuk pemain Piala DUnia skuad Perancis itu.

Saga perpindahan Nabil Fekir

Liverpool memburu Nabil Fekir dalam perpindahan kali ini dan dianggap saga perpindahan yang paling dramatik.

Mana tidaknya, beberapa koresponden yang boleh dipercayai seperti Melissa Reddy, Paul Joyce, dan Liverpool Echo melaporkan beberapa kemaskini.

Liverpool Echo menyatakan pasukan medical Liverpool terbang ke Perancis untuk memeterai perjanjian dengan Nabil Fekir. Dan selepas itu menyatakan yang pemain itu sudah setuju dengan terma yang diletakkan oleh Liverpool.

Semalam, Presiden Lyon menerusi akaun rasmi kelab menafikan yang ada rundingan di antara Liverpool dan Lyon untuk Nabil Fekir. Beliau menyatakan yang berita yang disebarkan di media sosial sebagai palsu.

Nabil Fekir dilaporkan sudah melakukan sesi temu ramah pertama dengan petugas media Liverpool. Namun Liverpool telah mendengar pendapat kedua daripada petugas perubatan tentang rekod kecederaan Fekir.

Fekir ada rekod 3 kecederaan lutut dalam 3 musim terakhir di Lyon. Ianya membuatkan Liverpool menangguhkan seketika perjanjian itu.

https://twitter.com/lfcupdates4u/status/1005519666083717120

Liverpool dikatakan telah meminta untuk pengurangan harga untuk pemain yang pernah mengalami ACL.

Dan tidak lama selepas itu Presiden pasukan kebangsaan Perancis, Noel Le Gaet menyatakan Fekir ada berjumpa dengan pegawai Liverpool di Perancis untuk 15 minit.

Beliau juga memberitahu yang segalanya positif untuk Fekir ke Liverpool. Namun usaha Liverpool untuk meminta pengurangan harga itu tidak berhasil dan Lyon menamatkan rundingan dengan Liverpool.

Olympique Lyon keluar dengan kenyataan yang menyatakan memang ada rundingan melibatkan 2 kelab dan Nabil Fekir.

Namun mereka memutuskan untuk menamatkan rundingan itu dan bersedia menghadapi musim baru dengan Fekir terus menjadi ketua pasukan mereka.

Penilaian

Adakah Liverpool melakukan tindakan yang betul?

Amat sukar untuk menilai ia tindakan yang betul kerana Fekir ternyata bermain banyak perlawanan dalam 2 musim terakhir ini iaitu sebanyak 49 perlawanan. Nampak seperti isu kecederaan ACL beliau dahulu tidak memberikan impak besar kepada karier beliau.

Namun bagi pegawai perubatan kelab, mereka hanya menjalankan tugas dan meyuapkan semua informasi yang mereka dapat kepada pihak yang melakukan bidaan.

Liverpool akan dikira melakukan tindakan yang betul jika Nabil Fekir tidak dapat bermain pada prestasi terbaik kerana faktor kecergasan dan kecederaan dalam beberapa musim akan datang.

Ini kerana Liverpool dikatakan mempertimbangkan semula perkara itu kerana mahu menggunakan Nabil Fekir untuk tempoh jangka panjang.

Dalam skuad Liverpool, beberapa musim ini mereka bergelut dengan isu kecederaan beberapa pemain seperti Sturridge, Lallana, Ings dan juga Henderson. Terbaru Oxlade Chamberlain juga sedang berehat panjang.

Namun, Liverpool boleh menganggap tindakan mereka ini sebagai salah apabila Nabil Fekir meneruskan aksi cemerlang di Lyon untuk 2 atau 3 musim lagi dan beraksi pada tahap optimum setiap minggu.

Ini kerana Liverpool dikatakan cuba mengurangkan sedikit harga yang mereka awalnya persetujui.

Ini bermakna mereka telah melepaskan pemain yang cergas dan mampu bermain di tahap optimum kerana kesilapan mereka sendiri yang gagal dalam valuasi dan cuba menurunkan harga yang telah dipersetujui.

Jika dilihat kepada jumlah perlawanan yang Nabil Fekir terlibat dalam 2 musim terakhir, ramai yang lupa pemain ini pernah berehat lebih 200 hari kerana ACL.

https://twitter.com/futballnigeria/status/1005518366122151941

Apa yang kita boleh pelajari di sini adalah, cara mereka mengendalikan perpindahan pemain. Bagaimana petugas perubatan boleh mempengaruhi perpindahan pemain.

Untuk pihak Lyon, mereka mungkin boleh meningkatkan lagi harga Nabil Fekir jika pemain itu cemerlang pada musim ini. Fekir telah menjadi bintang yang sangat cemerlang di Eropah jika dalam prestasi terbaik.

Beliau ada kepantasan, kualiti hantaran dan kualiti daripada bola mati. Kami pernah menulis 5 Sebab Kenapa Nabil Fekir No.10 Diperlukan Liverpool.

Dan jika Fekir berjaya membuktikan beliau boleh bermain banyak perlawanan semusim tanpa berehat panjang ataupun secara kerap kerana kecederaan, Liverpool boleh dikira mempersiakan peluang terbaik mereka mendapatkan pemain ini.

Pada masa itu, pasukan perubatan Liverpool serta Pengarah Sukan, Michael Edwards pastinya akan menjadi antara sasaran media.

Begitulah berakhirnya drama Nabil Fekir yang mewarnai bola sepak dalam beberapa hari ini. Adakah ia akan ada sambungan selepas Piala Dunia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN