Feichtenbeiner: Luqman Hakim Buktikan Pemain Muda Malaysia Perlu Berani ‘Keluar’

Luqman Hakim Selangor KV Kortrijk Michael Feichtenbeiner

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner berkata Luqman Hakim telah beri petanda pemain muda negara masih ada ruang untuk beraksi di liga luar negara dan perlu cuba untuk berikan yang terbaik.

Luqman Hakim sudah membuktikannya. Pada usia 18 tahun, beliau sudah berjaya memecah masuk ke skuad utama kelab yang bersaing di liga utama Belgium, KV Kortrijk. Walaupun ianya hanya 16 minit sebelum masa berakhir, bagi Feichbeiner, ia merupakan satu langkah besar buat pemain muda tersebut bermain di luar negara.

Menurutnya yang bercakap kepada Astro Arena, “Dia mendapat peluang beraksi dalam 16 minit terakhir bersama skuad senior, jadi ia merupakan satu langkah besar buatnya dalam bola sepak antarabangsa dan ia amat bagus buatnya.”

“Tetapi ia juga membuktikan kepada pemain muda kita bahawa masih ada peluang sekiranya anda pergi [ke luar negara] dan mencuba yang terbaik,” tambahnya lagi yang sempat untuk bersama Luqman Hakim buat seketika sebelum pemain tersebut akhirnya telah dibenarkan oleh FAS untuk pergi berkelana ke Jupiler Pro League.

Tiba di sana pada Ogos dan mula beraksi dalam perlawanan tidak rasmi bersama kelab tersebut, Luqman Hakim akhirnya diberikan masa permainan bersama skuad B-21. Menariknya, beliau berjaya meledak jaringan kemenangan buat mereka. Pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe akhirnya memanggilnya ke skuad utama.

Sebelum perlawanan ,Vanderhaeghe ada menyatakan yang Luqman Hakim belum bersedia untuk aksi 90 minit bersama skuad senior, tetapi mungkin akan memberikan ruang buat pemain itu dek kerana kepantasannya mungkin boleh membantu KV Kortrijk ketika mereka mahu melakukan serangan balas pantas ke kubu lawan.

“Saya amat gembira untuknya. Saya amat terkejut apabila dia mendapat peluang ini dengan sebegitu awal,” kata pengendali berbangsa Jerman itu sambil menegaskan yang mungkin peluang itu tiba selepas Luqman Hakim telah memberikan yang terbaik dalam sesi latihan dan beberapa perlawanan tidak rasmi serta bersama skuad B-21.

KV Kortrijk tumbang 1-3 kepada skuad yang dibimbing bekas pertahanan Manchester City, Vincent Kompany, Anderlecht dengan Luqman Hakim terlibat ketika mereka mendapatkan sepakan penalti untuk jaringan tunggal yang telah disempurnakan oleh penyerang utama mereka, Ilombe Mboyo, tiga minit sebelum penamat.

Ada benar kenyataan daripada Feichtenbeiner tentang peluang akan tiba buat pemain muda negara sekiranya mereka keluar mencuba di luar negara dan Luqman Hakim sudah meletakkan penanda aras yang pemain muda kita ada ruang di luar sana.

KREDIT FEATURED IMAGE: ASTRO ARENA

Baca lagi artikel mengenai Luqman Hakim dan Michael Feichtenbeiner:

Luqman Hakim Dalam Senarai 19 Pemain KV Kortrijk Untuk Aksi ‘Vincent vs Vincent’

Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner

Shebby Singh: “Luqman Hakim Perlu Yakin Di Belgium”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN