Fauzi Harap Bernhardt Beri Lebih Kepercayaan Untuk Bantu UiTM

Fauzi Uitm

Penyerang UiTM FC, Fauzi Abdul Latif percaya masih ada sinar dan harapan untuk pasukan kembali memperbaiki kedudukan selepas masih kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super ketika ini.

Biarpun UiTM FC sedang bergelut dengan masalah prestasi, tetapi itu tidak bermakna dirinya juga perlu menyerah kalah dalam membina karier bersama pasukan pada musim ini selepas tidak konsisten bersama Negeri Sembilan pada musim lalu.

Penghijrahannya ke UiTM FC pada musim ini sememangnya ingin mendapatkan prestasi yang lebih baik dan mengakui persaingan yang sengit dalam pasukan juga mengajar dirinya untuk lebih bekerja keras bagi mendapat tempat.

Musim ini, pemain berusia 25 tahun ini hanya menjaringkan satu gol pada perlawanan pertama menentang Terengganu FC yang menyaksikan mereka tewas 1-2.

“Dekat UiTM FC ni, saya dapat la juga peluang untuk bermain walaupun sebenarnya boleh tahan sengit untuk merebut tempat dengan pemain import.

“Tetapi saya akan cuba memberi saingan yang lebih sihat, walaupun prestasi pasukan tidak berada di tahap yang kita inginkan, namun prestasi diri sendiri tetap kena utamakan juga.

“Saya akan cuba berusaha lebih keras bagi memastikan UiTM FC akan memperoleh kemenangan pertama sebaik sahaja Liga Super bersambung pada 24 Julai”, jelasnya.

Fauzi baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali kiri dan tempoh masa yang ada ini digunakan sebaiknya bagi menempuh latihan yang lebih lancar.

Ini kerana, dia telah terlepas dua perlawanan terakhir sebelum ini susulan kecederaan yang dialami ketika menentang Sri Pahang FC pada Mei lalu dan enggan lagi terlepas peluang untuk beraksi.

“Saya kecewa juga la apabila cedera dan terpaksa rehat lama juga untuk pulih.

“Tetapi Alhamdulillah tempoh berehat itu adalah ketika tempoh saingan Liga Malaysia juga sedang berehat, jadi saya hanya terlepas dua perlawanan sahaja.

“Diharapkan selepas ini, jurulatih (Frank Bernhardt) akan lebih percayakan saya untuk berada dalam skuad utama bagi bantu pasukan”, tambahnya.

UiTM FC kini berada di tangga tercorot apabila masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan. – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN