Fantasy Football SCL2019: Pemain Pilihan Untuk Pasukan Anda Bagi Minggu Ketiga

Fantasy Footbal SCL2019

Saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) akan memasuki minggu ketiga pada Sabtu dan Ahad ini dengan aksi yang dipamerkan setiap pasukan bertanding dilihat semakin menarik untuk disaksikan.

Sebanyak 24 jaringan terhasil pada lapan perlawanan minggu lalu dengan NPNG FC Damansara Damai dan SA Klasiko FC bangkit dari kekalahan perlawanan pertama untuk menang selesa keatas lawan masing-masing.

Ia juga pastinya membuatkan para pengurus Fantasy Football SCL2019 untuk memilih pemain terbaik mereka bagi menghadapi perlawanan minggu ketiga ini.

Berikut adalah empat pemain yang boleh anda fikirkan untuk berada dalam pasukan anda minggu ini.

1) Umar Etudayeabdulmajid (NPNG FC Damansara Damai) – 8.0

Pemain tengah ini mencuri tumpuan pada minggu lalu selepas meledakkan hatrik bagi membantu NPNG FC Damansara Damai menumpaskan Subang Protap II FC dengan keputusan 4-0.

Berkeupayaan mengawal bahagian tengah dengan baik berikutan kelebihan fizikalnya, Umar juga seringkali memberikan bantuan buat jentera serangan dalam usaha mencipta jaringan.

2) Shah Azman Ekmal Saleh (Kingstown Klang FC) – 7.0 

Pemain sayap kiri yang merupakan kuota pemain bawah 21 tahun itu mempamerkan corak permainan meyakinkan pada perlawanan sulung ketika bertemu Bangi Jang’s Trooper.

Kelincahan bekas pemain futsal B-20 kebangsaan ini terserlah apabila kepantasan larian serta kualiti permainan yang dipamerkannya jelas mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Bergandingan bersama-sama pemain yang cukup berpengalaman dalam kancah bola sepak kebangsaan mampu menjadi nilai tambah buat Shah Azman menjadi sandaran utama buat Kingstown Klang FC.

3) Amir Safuan Badeli (SA Klasiko FC) – 8.0

Pemain terbaik perlawanan antara SA Klasiko FC bertemu SLB UP FC ini mencipta dua bantuan jaringan dan menjadi nadi buat pasukannya dalam merakamkan kemenangan untuk kembali bangkit selepas kecundang pada aksi sulung ditangan Belia Selangor.

Kelincahan pemain yang beraksi selaku pemain sayap kanan sentiasa menghantui pertahanan SLB UP FC sehingga SA Klasiko FC mampu menjaringkan lima gol pada perlawanan tersebut.

4) Shahrul Amin (SA PIB FC) – 7.0

Pemain muda PIB FC ini telah dua kali terpilih selaku pemain terbaik perlawanan dan lebih manis berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika mengikat juara bertahan, Puchong Fuerza Gamestop FC, minggu lalu.

Meskipun berdepan tugas berat pada minggu ini apabila akan menentang Kuala Selangor Batu Dua FC, Shahrul Amin bakal terus menjadi sandaran PIB FC untuk meraih kemenangan sulung pada edisi kali ini.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN