Fantasy Football SCL2019: Pemain Pilihan Untuk Pasukan Anda Bagi Minggu Kedua

Tirai saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) sudah pun dibuka pada minggu lalu dengan dua kejutan berlaku apabila Belia Selangor berjaya menundukkan SA Klasiko dengan keputusan 3-0 dan MBSA FC pula menang 2-0 keatas pasukan pilihan, NPNG FC Damansara Damai.

Selain itu, MPKJ FC turut bermula dengan langkah kanan setelah menundukkan Bukit Kapar FC. Manakala empat lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Seperti edisi lalu, Fantasy Football SCL2019 menjadi tarikan utama dengan hadiah wang tunai bernilai RM500 menanti pemenang mingguan berserta jersi eksklusif dari Kaki Jersi dan tiket semusim  bagi menyaksikan semua perlawanan ‘Home’ melibatkan pasukan Liga Super Selangor pada musim 2020.

Selepas berakhir aksi minggu pertama, berikut adalah empat pemain yang boleh menjadi pertimbangan untuk dibawa masuk ke pasukan Fantasy Football SCL2019 anda:

1) Aiyakhaire Daniel Emmanue (MPKJ FC) – 9.0

Sandaran utama MPKJ FC yang disebut-sebut bakal mencuri tumpuan ini telah membuktikan kualiti dimiliki apabila berjaya menjaringkan dua jaringan pada aksi sulung ketika bertemu Bukit Kapar FC.

Mendapat sokongan yang cukup baik daripada rakan sepasukan seperti Fauzi Adnan, Darshen Ganesan Pillay dan S. Thibanraj, beliau dijangka akan terus menyinar pada perlawanan bertemu MBSA FC esok.

2) Hasrul Nurkholis (Bangi Jang’s Trooper) – 7.5

Dua jaringan yang dihasilkan Hasrul termasuk satu ledakan sepakan percuma padu menewaskan penjaga gol berpengalaman, Mohamed Redzuan Harun memaksa juara bertahan, Puchong Fuerza Gamestop FC sekadar berpuas hati dengan satu mata pada perlawanan pembukaan.

Andai kelibatnya tidak dikawal ketat pertahanan skuad himpunan bintang, Kingstown Klang, Hasrul dilihat mampu untuk menjadi senjata ampuh buat Bangi Jang’s Trooper, Ahad ini.

Hasrul juga merupakan bekas penyerang skuad negara dalam saingan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2014 serta UKM FC ketika Piala FAM 2017.

3) Aidil Iskandar (Belia Selangor) – 4.5

Penjaga gol muda pasukan Belia Selangor ini mempamerkan ketangkasannya selepas berjaya mempertahankan ‘clean sheet’ ketika perlawanan sulung bertemu SA Klasiko FC.

Aidil cemerlang menafikan dua peluang terbaik yang dimiliki penyerang yang pernah beraksi untuk Kuantan FA, Nabilah Khan serta beberapa percubaan lain sepanjang 70 minit aksi.

Dengan harga 4.5, Aidil mampu menjadi pembelian ‘bargain’ buat pasukan Fantasy Football SCL2019 anda.

4) Muhd Syazwan Basil (SLB UP FC) – 8.0

Bakal Doktor yang juga merupakan seorang Imam di Masjid Cyberjaya ini berjaya membantu SLB UP FC daripada menerima kekalahan pada aksi minggu lalu apabila dua jaringannya telah mengikat Subang Protap II FC 2-2.

Dengan semangat juang tinggi dipamerkan pasukan tersebut serta turut dibantu kehadiran pemain berpengalaman seperti Zameer Zainun dan Fauzi Majid, tidak mustahil Syazwan dapat terus menjadi senjata utama jentera serangan buat SLB UP FC.

Kredit foto: Football Selangor – FS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN